Masala Udang & 7 Lagi Resipi Sedap Untuk Cuba Jika Anda Minat Masakan India

Perfect untuk dihidangkan sempena musim Deepavali ini!

1. Masala Kambing

Image via My Resipi

Bahan-bahan:

  • ½ kg daging kambing
  • 2 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 4 biji buah keras
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
    (Semua buah keras, bawang besar, bawang putih & halia dikisar bersama)
  • 2 cawan santan
  • 2 biji kentang (Dipotong dadu)
  • 1 biji tomato (Dipotong dadu)
  • 1 pokok daun ketumbar (Dipotong kecil)
  • 1 cawan air
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Basuh daging kemudian potong kecil. Gaulkan daging dengan
    serbuk kari dan serbuk jintan manis. Perapkan selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
  3. Masukkan daging yang diperap. Masakkan sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan santan dan garam. Kacau seketika.
  5. Masukkan kentang, tomato, daun ketumbar, dan air. Masakkan
    sehingga semua bahan lembut. Biarkan sehingga pekat dan pecah
    minyak.
  6. Sedia dihidangkan.

Sumber resipi: My Resipi

2. Ayam Bakar Tandoori

Image via My Resipi

Bahan-bahan:

  • 2 keping paha ayam (Dikelar)
  • 1 biji lemon (Diambil jus)
  • 1 cawan dadih (Dihiris halus)    
  • 1 labu bawang besar (Dihiris halus)  
  • 3 ulas bawang putih (Dihiris halus)    
  • 1 inci halia (Dihiris halus)                        
  • 2 pokok daun ketumbar (Dihiris halus)  
  • 1 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Sedikit pewarna merah
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Perapkan ayam dengan jus lemon. 
  2. Gaul sebati bahan yang dikisar halus bersama serbuk kari, cili kisar, serbuk kunyit, lada sulah, pewarna merah, dan garam. 
  3. Lumur rata ke atas ayam dan perapkan selama 2 -3 jam. 
  4. Bakar ayam di dalam kuali nonstick selama 30 minit. Terbalikkan kedua-dua bahagian ayam sehingga masak garing.
  5. Sedia dihidangkan.

Sumber resipi: My Resipi

3. Kuah Dal

Image via My Resipi

Bahan-bahan:

  • 1 cawan kacang dal
  • 2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
  • 1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat
  • 2 biji kentang dibelah
  • sedikit serbuk kunyit
  • *1 inci halia diracik
  • *2 biji bawang putih diracik
  • *3-4 biji bawang kecil dimayang
  • *sedikit daun kari
  • *sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis
  • *1 sudu kecil biji sawi (mustard seed)
  • 3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)
  • Minyak untuk menumis
  • Garam & gula sesedap rasa

Cara-cara:
  1. Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.
  2. Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan carrot & kentang ke dalam rebusan dal tadi & teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
  3. Kemudian masukkan pula terung & cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.
  4. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda * sehingga layu & naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
  5. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  6. Sedia untuk dihidang.

Sumber resipi: My Resipi

4. Ayam Madu

Image via My Resipi

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • Garam
  • Kunyit
  • 1 sudu rempah kari ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Bawang besar
  • Cili kering
  • Madu
  • Gula merah
  • Sos/tomato puree
  • Air

Cara-cara:
  1. Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
  2. Ketuk-ketuk ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bahan perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
  3. Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
  4. Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau.
  5. Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.
  6. Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bawang goreng atau daun sup.


Sumber resipi: My Resipi

5. Udang Masala

Image via My Resipi

Bahan-bahan:

  • 500 g udang
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan lada putih
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
    (Semua bawang merah, bawang putih, halia, jintan putih, jintan manis, lada putih & serbuk kunyit dikisar bersama)
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 biji tomato (Dipotong dadu kasar)
  • ½ cawan yogurt asli
  • 2 biji cili merah (Dihiris)
  • 2 biji cili hijau (Dihiris)
  • Minyak masak secukupnya

Cara-cara:

  1. Bersihkan udang kemudian tuskan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan
    yang dikisar dan daun kari sehingga wangi.
  3. Masukkan udang dan tomato. Kemudian kacau rata. (Tambah
    air sekiranya perlu).
  4. Masukkan yogurt, cili merah dan cili hijau. Kacau sebentar dan
    tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.

Sumber resipi: My Resipi

6. Tandoori Ikan

Image via My Resipi

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan bawal (Anggaran berat 500 - 700 g)
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • (Bawang putih ditumbuk bersama bawang merah)
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 biji lemon (Diambil perahannya)
  • 1 cawan yogurt asli
  • 1 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Kelar kedua-dua belah ikan dan perahkan lemon di atasnya. Perap selama 10 hingga 15 minit.
  2. Gaulkan semua bahan lain.
  3. Lumur ikan dengan bahan-bahan yang sudah digaul tadi dan perap lagi selama 30 minit.
  4. Bakar ikan di dalam kuali non-stick sehingga nampak masak dan garing.
  5. Sedia dihidangkan.

Sumber resipi: My Resipi

7. Kari Kambing

Image via My Resipi

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging kambing
  • 8 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih  
  • 2 inci halia                
  • 3 tangkai daun kari
  • 5 sudu makan serbuk kari
  • 5 biji kentang (Dipotong 6)
  • 4 cawan santan
  • 2 sudu makan kerisik (Dibancuh dengan air)
  • 1 cawan air
  • ½ cawan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Potong kecil daging kambing. Basuh daging dan tuskan.  
  2. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk kasar dan daun kari. Masakkan sehingga wangi dan agak garing.
  3. Masukkan serbuk kari. Masakkan sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging dan kacau rata.
  5. Masukkan air dan biarkan sehingga daging lembut.
  6. Masukkan kentang, santan, kerisik, dan garam. Biarkan sehingga kentang empuk.
  7.  Biarkan masak sehingga pecah minyak dan pekat.
  8. Sedia dihidangkan.

Sumber resipi: My Resipi

8. Ayam Tandoori Sos Pudina

Image via My Resipi

Bahan-bahan: 

Bahan A:

  • 2 paha ayam
  • 3 sudu makan cili kisar
  • ½ sudu teh serbuk jintan manis
  •  ½ sudu teh serbuk kayu manis
  •  ½ sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 cawan yogurt
  • 2 biji limau nipis (Diambil jusnya)
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Sos pudina):
  • 2 cawan yogurt (250ml)
  • ½ cawan daun pudina
  • ½ sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Ayam dikelar dan gaulkan dengan semua bahan A. Perapkan selama
    beberapa jam.
  2. Bakar di dalam kuali non-stick sehingga masak atau bakar di dalam oven pada suhu 180˚C api atas bawah selama 15 - 20 minit.  
  3. Masukkan semua bahan sos pudina ke dalam pengisar dan kisar.
  4. Hidangkan ayam tandoori bersama sos pudina dan roti.

Sumber resipi: My Resipi

Koleksi resipi apa pula yang ingin anda dapatkan? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

Leave a comment