seismik

Tangan Lelaki Hampir Putus Ditetak Hanya Kerana 'Sport Rim'

Berbaloikah bergaduh sebab 'sport rim'?

Cover image via nydailynews.com

Pada 16 November 2014, Seorang Lelaki, Mohamad Shahrul Riduan Sudin Berdepan Mimpi Ngeri Apabila Kedua-Dua Tangannya Ditetak Oleh Rakan Karibnya Sendiri Di Kelantan Hanya Kerana 'Sport Rim'

Mohamad Shahrul Riduan Sudin, 25, mengalami kecederaan pada kedua-dua tangan.

Image via Harian Metro

Seorang pemuda cedera parah pada kedua-dua tangan setelah ditetak dengan kelewang oleh rakan karibnya dalam kejadian yang berlaku di Kampung Kutan pada petang Ahad, 16 November 2014.

Kejadian itu berlaku apabila mangsa, Mohamad Shahrul Riduan Sudin, 25, terserempak dengan suspek di sebatang jalan di kampung berkenaan pada kira-kira jam 5 petang.

sinarharian.com.my

Dua Minggu Sebelum Kejadian, Mangsa Dikatakan Ada Meminta Suspek Memulangkan Empat 'Sport Rim' Miliknya Dan Suspek Bersetuju Untuk Menurut Permintaan Mangsa

Gambar sekadar hiasan.

Image via cloudfront.net

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip berkata, siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku ketika mangsa yang menaiki motosikal, melalui sebatang jalan dan terserempak dengan suspek di tempat kejadian.

sinarharian.com.my

Kejadian berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan bertemu rakannya itu bagi menyelesaikan masalah mereka.

Bagaimanapun, sebelum sempat berjumpa di tempat yang dijanjikan, dia diserang rakannya dengan senjata tajam mengakibatkan kedua-dua tangannya patah dan terdapat kesan kelar.

hmetro.com.my

Menurut Kakak Mangsa, Nor Hafizah, 33, Dia Melihat Adiknya Keluar Rumah Tergesa-Gesa Pada Hari Kejadian Dan Sempat Memberitahunya Hendak Berjumpa Dengan Suspek Untuk Mengambil "Barang"

Mangsa yang dirawat di hospital.

Image via Malaysia Gazette

Dia yang pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa, tiba-tiba terkejut mendapat tahu Mohamad Shahrul Riduan terlibat dalam pergaduhan dan mengalami kecederaan parah.

“Saya bergegas ke tempat kejadian dan mendapati adik dalam keadaan lemah dengan kedua-dua tangannya berlumuran darah sambil orang ramai cuba membantunya."

“Sebelum ini, Mohamad Shahrul Riduan ada beritahu saya, kawannya meminjam empat 'sport rim' kereta dan berjanji akan memulangkan pada hari kejadian,” ujar Hafizah.

malaysiagazette.com

Kejadian Tersebut Menyebabkan Mangsa Cedera Parah Pada Kedua-Dua Tangan Dan Dirawat Di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Mangsa Dilaporkan Berada Dalam Keadaan Stabil.

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian.

Image via blogspot.com

Sementara Itu, Identiti Suspek Sudah Dikenal Pasti Oleh Pihak Polis. Suspek Boleh Dikenakan Hukuman 20 Tahun Penjara Jika Sabit Kesalahan.

Polis telah mengenal pasti identiti suspek dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan.

"Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat telah dimaklumkan untuk mengesan suspek kerana dia merupakan seorang penagih dadah. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun," kata Zaharudin.

sinarharian.com.my

Dalam Berita Lain Sebelum Ini, Seorang Rakan Sempat Membunuh Rakannya Sendiri Kemudian Sambung Solat Berjemaah

Warga Bangladesh Juga Bergaduh Sehingga Toreh Telinga Rakan Hanya Kerana Berebut Tandas

You may be interested in: