seismik

Cuaca Panas Terik Bakal Berterusan Hingga Minggu Depan. Ini Penjelasan MetMalaysia

Cuaca panas kering yang dianggarkan melebihi 33 darjah celsius, melanda ibu kota dan Semenanjung sejak Selasa lalu.

Cover image via SAYS

Cuaca panas terik yang melanda Semenanjung ketika ini dijangka bakal berterusan sehingga minggu hadapan kesan tempias Taufan Lan yang menggegarkan timur Filipina pada Selasa lalu

Menurut Profesor Klimatologi dan Oseanografi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Fredolin Tangang, badai taufan itu diibarat menghempaskan 'ekor' ke Sabah, Labuan dan Sarawak sehingga menyebabkan hujan lebat dan angin kencang berterusan di kawasan terbabit.

Katanya, disebabkan peralihan kelembapan udara Semenanjung yang diangkut ke kawasan berdekatan taufan, terutama Sabah menyebabkan fenomena hujan lebat dan angin kencang berlaku.

Gambar sekadar hiasan.

Image via SAYS

"Semenanjung menjadi kurang berawan, cuaca stabil dan insolasi (radiasi pancaran matahari) dan suhu meningkat.

"Cuaca panas akan berterusan beberapa hari untuk keadaan cuaca musim peralihan monsun kembali. Dijangka ia menyebabkan keadaan berawan dan hujan pada lewat petang," katanya.

bharian.com.my

Cuaca panas terik yang melanda ibu kota dan Semenanjung itu dikatakan mencapai suhu tinggi sehingga mencecah 33 darjah celsius

Dalam pada itu, Fredolin juga menjelaskan bahawa pergerakan Taufan Lan menjauhi sempadan negara menjadikan cuaca di Sabah dijangka semakin baik.

Katanya, Taufan Lan tidak akan melanggar Sabah kerana pergerakan taufan itu dilaporkan sudah menghampiri Okinawa, Jepun.

"Secara teori, Taufan Lan tidak akan melalui Sabah, kerana kedudukan negeri bawah bayu dekat dengan garisan Khatulistiwa.

"Bagaimanapun, apabila taufan muncul di timur Filipina, tiupan angin menjadi kuat. Sabah dipengaruhi "ekor" taufan," katanya.

bharian.com.my

Sementara itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), dalam kenyataan dikeluarkan pagi Sabtu, tidak mengesan sebarang cerapan silkon tropika

Image via BH Online

MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora tahap dua, yang dijangka angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) dan ombak sehingga 4.5 meter di perairan Kudat, Sabah semalam.

Amaran angin kencang dan laut bergelora tahap satu, dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dan ombak sehingga 3.5 meter dijangka melanda perairan Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Sandakan) turut dijangka berterusan sehingga hari ini.

"Ribut petir dijangka berterusan hingga lewat petang ini di perairan Terengganu, Pahang, Johor Timur, Labuan serta Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat, Sabah.

"Keadaan ini menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak sehingga 3.5 meter serta berbahaya kepada bot kecil," katanya.

bharian.com.my

Sumber: BH Online

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi di SAYS:

You may be interested in: