Terima Kasih Peter Kerana ‘Mengajar’ Cikgu Akan Erti Kemanusiaan
"Dia tak malu ke sekolah walau pun berbaju buruk dan koyak. Dia malu kalau tak pandai membaca." – Cikgu Emmet
Cover image via Cikgu Emmet menulis/FacebookRamai sekali beranggapan bahawa menjadi seorang guru bukanlah perkara yang sukar. Waktu kerja pun ikut waktu sekolah. Bila sekolah cuti, cikgu pun cuti. Tapi adakah setakat itu tugas guru-guru?
Jika itulah yang sering bermain di minda anda, anda silap. Tugas seorang guru bukan sahaja ketika berada di dalam bilik darjah, tetapi juga di luar kelas. Didikan juga bukanlah didikan akademik semata-mata tetapi bersifat seluruhnya.
Tugas utama guru adalah mengajar anak-anak muridnya untuk berjaya. Tetapi bagaimana pula sekiranya kekurangan dan kedaifan seorang anak murid itu mampu 'mengajar' erti hidup kepada gurunya?
Begitulah kisah yang dikongsi seorang guru yang bernama [Cikgu Emmet](https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1211983225516345&id=745778838803455) ini. Kesusahan yang dialami anak muridnya ibarat mengajar beliau erti kehidupan.
Image via Cikgu Emmet menulis/Facebook
Image via Cikgu Emmet menulis/Facebook
Walaupun masih kecil, tetapi Peter boleh dikatakan matang lebih awal. Dia rela memakai kasut sempit asalkan adiknya selesa. Itulah pengorbanan seorang abang.
Image via Cikgu Emmet menulis/Facebook
Image via Cikgu Emmet menulis/Facebook

