Terima Missed Call & WhatsApp Banyak Kali, Wanita Kongsi Pengalaman Cuba Diperdaya Scammer
Jangan sesekali kongsi maklumat peribadi anda!
Pada ketika ini, pelbagai taktik cuba digunakan scammer semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara yang mudah
Namun apa yang malang, 'kerja' scammer ini nampaknya lebih mudah pada hari ini apabila ramai individu secara sukarela menyebarkan maklumat peribadi mereka di ruangan media sosial.
Antaranya termasuklah memberikan nombor akaun secara terbuka, menyebarkan nombor telefon dan juga lebih menakutkan apabila ada yang tidak takut memberikan nombor kad pengenalan mereka kepada individu yang tidak dikenali.
Meskipun pelbagai amaran sudah dikeluarkan oleh pihak berkuasa agar tidak sewenang-wenangnya memberikan maklumat peribadi kepada umum, namun masih ada yang mengambil sikap sambil lewa dan mengabaikan amaran tersebut sehingga memakan diri.
Seperti satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter, wanita ini telah menceritakan pengalamannya yang hampir menjadi 'mangsa scammer' individu tidak bertanggungjawab
Perkongsian itu telah dibuat oleh seorang individu yang bernama Nurul Atiqah baru-baru ini.
Di awal tweet yang dibuat olehnya itu, wanita ini mengingatkan orang ramai untuk tidak sesuka hati memberikan maklumat peribadi termasuklah nombor akaun, nombor telefon dan juga nombor kad pengenalan.
Katanya, pelbagai akaun miliknya telah cuba digodam oleh individu tidak bertanggungjawab tersebut sehingga menyebabkan dirinya disekat dari 'log masuk' ke akaunnya sendiri.
Malah menerusi perbualan WhatsApp yang dikongsikan olehnya itu, jelas dapat dilihat usaha scammer tersebut yang cuba menipunya.
Untuk perkongsian penuh wanita ini, teruskan membaca di bawah:
Menurut wanita ini, dia tidak pernah berkongsikan nombor akaun mahupun nombor telefon di mana-mana ruangan media sosial
Elak dari menggunakan tarikh lahir sebagai kata laluan untuk mana-mana akaun