seismik

“Scammers Pun Racist Ke?” - Lelaki Ini Tak Jadi Kena Scam Dalam Telefon Sebab... Dia India

Racist atau takut sebenarnya?

Cover image via Twitter @SathishSarma

Macam-macam cara scammer guna sekarang ini untuk dapat duit dengan cara mudah dan pantas daripada orang ramai

Nama pun scammer, pasti ada sahaja kaedah yang mereka guna untuk kaut keuntungan daripada orang ramai. Selalunya dengan cara menipu.

Image via Mental Floss

Ada scammer yang menyamar sebagai pembeli wang lama kemudian follow mangsa dalam akaun laman sosial konon ingin membeli duit-duit lama yang mangsa ada.

Ada juga scammer yang membuat panggilan kemudian beritahu bahawa mereka adalah pihak berkuasa lalu meminta mangsa untuk ‘transfer’ duit demi mengelak diri daripada didakwa atau disaman, kononnya semua ini adalah atas perintah mahkamah.

Image via pymnts

Sebenarnya tidak dapat dikenal pasti bagaimana sebenarnya cara mangsa scam ini dipilih. Boleh dikatakan hampir semua orang pernah mendapat panggilan yang meragukan sekali gus membuatkan diri sebagai potensi menjadi mangsa scam.

Namun begitu, berbeza pula dengan seorang lelaki ini yang mana scammer itu sendiri tidak jadi untuk scam dirinya gara-gara warna kulit.

Menerusi laman Twitter, Sathish Sarma telah menceritakan bagaimana dia tidak 'dipilih' daripada menjadi mangsa scam hanya kerana dia seorang India

Sathish Sarma

Image via Twitter @SathishSarma

Dalam perkongsiannya, Sathish berkata dia telah mendapat panggilan meragukan melalui telefon rumahnya. Setelah diberitahu oleh scammer tersebut bahawa panggilan itu adalah atas perintah mahkamah, Sathish yang dalam keadaan terkejut terus menanyakan kesahihan perintah itu.

Walau bagaimanapun, setelah dikesan Sathish adalah seorang India, mungkin berdasarkan cara percakapannya, scammer itu tidak jadi untuk meneruskan niat buruknya itu bahkan telah memaklumkan bahawa mereka hanya mengenakan kaum Melayu serta Cina, dan bukan India.

Meskipun pada awalnya dia terkedu dengan pemakluman tersebut namun Sathish tetap memilih untuk tidak mengambil perkara itu dengan terlalu serius. Dia malahan siap suruh lagi orang ramai untuk mengaku diri mereka sebagai India demi mengelak daripada menjadi mangsa scam.

Bukan itu sahaja, menyedari teknik scam ini semuanya adalah lebih kurang sama, Sathish turut menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan mana-mana panggilan yang meragukan dan supaya tidak memberikan maklumat peribadi diri kepada sesiapa.

Susulan dari tularnya tweet berkenaan, tidak dapat dinafikan rata-rata warganet terhibur dengan kenyataan bahawa scammer tidak mengganggu orang India

Bahkan rata-rata turut bertanya kepada Sathish sendiri dan meminta tips untuk kedengaran sebagai seorang India. Ternyata dia sendiri tidak lokek melayan kerenah warganet.

Berikut adalah antara interaksi Sathish dengan pertanyaan dari warga Internet:

Ada juga yang membuat teori orang India tidak menjadi sasaran scammer kerana mereka tidak mempunyai duit. Sekali lagi Sathish tidak lokek dalam melayan telatah warganet.

Lawak, memanglah lawak namun akan menjadi tidak lawak apabila terdapat juga beberapa warganet yang mula berkata scammer tidak cuba menganiaya orang India kerana mereka terdiri dari kaum yang sama.

Perkara ini tidak sepatutnya diperkatakan kerana selain bersifat serkap jarang, ia juga tersangatlah bersifat perkauman.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Biar betul kena sumpah jadi ikan pari?

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in:

Leave a comment