seismik

Kalau Tak Bagi Duit, 'Ibu' Akan Sumpah Jadi Ikan Pari. Lain Macam Teknik Scammer Sekarang!

Nak masak asam pedas ke sumpah jadi ikan pari ni?

Cover image via Google

Macam-macam cara scammer guna sekarang ini untuk dapat duit dengan cara mudah dan pantas daripada orang ramai

Nama pun scammer, pasti ada sahaja kaedah yang mereka guna untuk kaut keuntungan daripada orang ramai. Selalunya dengan cara menipu.

Image via Google

Ada scammer yang menyamar sebagai pembeli wang lama kemudian follow mangsa dalam akaun laman sosial konon nak beli duit-duit lama yang mangsa ada. Ada juga scammer yang buat panggilan kemudian beritahu yang mereka adalah pihak berkuasa. Lepas itu minta mangsa ‘transfer’ duit untuk elak daripada didakwa dan disaman, kononnya semua ini adalah atas perintah mahkamah.

Tapi lain pula yang terjadi kepada seorang pengguna Twitter, @fahminaim98 baru-baru ini

Seperti kebanyakan yang lain, Fahmi juga tidak lari daripada terkena percubaan kena scam.

Scammer ini bukan seperti yang biasa kita dengar tapi kali ini dia menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp di samping menggunakan teknik pendekatan cerita sedih. Kononnya dia adalah seorang ibu daripada keluarga yang miskin dan memerlukan wang untuk mendapatkan rawatan buat si ayah.

Yang kelakarnya apabila Fahmi pada awalnya melayan sahaja 'drama' tersebut sampailah akhirnya scammer itu sendiri yang jadi malas nak layan.

Fahmi telah berkongsikan screenshot perbualannya bersama 'ibu' di laman Twitternya:

Bukan main ya, scammer sekarang. Sampai nak sumpah jadi ikan pari bagai!

Apa-apa pun menurut Fahmi, dia sudah pun block dan report nombor tersebut.

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen terhibur dengan perbualan tersebut dan meninggalkan komen seperti berikut:

Kesian ikan pari, tak bersalah tapi nama kena petik!

Image via Tenor

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS:

You may be interested in: