seismik

Wang Beribu Ringgit Wanita Ini 'Disedut' Oleh Scammer, Baki Tinggal RM53 Je Dalam Akaun

"Scammer ini dah bayar semua akaun bil yang saya set favourite. Jadi tak perlu TAC kalau dah transfer." - Mangsa.

Cover image via Wise Computer Solutions

Semakin hari, semakin banyak kes penipuan yang melibatkan scammer dan juga pemilik akaun bank yang mempunyai akses online banking. Paling bahaya apabila scammer langsung tidak memerlukan nombor TAC untuk 'menelan' wang dari akaun bank anda.

Gambar sekadar hiasan

Image via Dignited.com

Perkara ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja yang memegang akaun bank dan mempunyai akses online banking.

Memang ianya memudahkan anda untuk tidak keluar ke cawangan bank bagi melakukan apa-apa transaksi, namun anda perlu lebih berhati-hati supaya tidak terjerat ke lembah penipuan scammer.

Seperti perkongsian oleh seorang wanita iaitu Normalina Jamaluddin di laman Facebook tentang pengalaman ngeri yang menimpanya baru-baru ini selepas wang dari akaun bank lesap begitu sahaja.

Baca penuh di bawah:

Perkara ini berlaku pada 11 November 2018. Dia menerima mesej daripada nombor yang tidak dikenali. Namun, dia bertindak untuk tidak memberi apa-apa info termasuk nombor TAC.

Bila saya dapat mesej pada pukul 1229 tengahari pada 11 Nov 2018. Yelah hari shopping se Malaysia. pada 1240 saya x reply mesej, blok dan tak bagi no. TAC pon.

Pada 1241 tengah hari saya dapat sms menyatakan beribu ribu duit saya digunakan untuk bayar bil. Saya terus cek akaun saya, dan tinggal baki RM53 ringgit je dalam akaun saya. Sedih! saya dah bangkrap.

Saya telefon call centre bank C***, mereka hanya mampu delete akaun online saya. Scammer ini dah bayar semua akaun bil yang saya set favourite. Jadi tak perlu TAC kalau dah transfer. Lebih jahanam, dia transfer ke pelbagai biller. Setiap satu biller ada birokrasinya.

Scammer buat hidup saya stress 2 minggu. Saya kena buat report polis. kena fax repot polis ke bank. Fax dah la jarang digunakan di zaman serba maya ini. pastu kene deal birokrasi biller biller ni. Ada satu bil tu bil mak saya. Saya tak boleh settle online semua ni. Saya kene pergi ke cawangan yang mak saya buka akaun, kena tulis surat, lampir macam2 isi borang.

Saya betul betul tak de duit. Sudah la camtu call call centre minta macam2 bukti. Duit yang dibayar tu dah kena potong untuk bayar bil. Nk bakinya pon kene tunggu 30 hari bekerja. Potong duit kita tak tunggu pon 30 hari bekerja.

Saya nak makan apa duit semua dihabiskan scammer tak guna ni.

Image via fbcdn.net

Rasa marah yang teramat kepada pihak yang tidak memberi kerjasama terhadap kes ini. Jawapan yang diberikan oleh pihak tersebut juga tidak memberikan apa-apa solusi.

Di mana polis dan bank ketika saya hadapi semua ni. Jawapan polis, kami takde teknologi cam CSI dalam tv ni. Nombor didaftar atas nama indon dan bangla. Kami banyak lagi kes lain selain kes cik ini. Jadi aduan saya ini bukan kerja tuan poliskah? Begitu bersahaja jawapannya.

Call call centre, berkali2 dalam siasatan tapi akhirnya kate ni kes polis. Nampak tak, di mana anda dalam menghadapi scammer ini? Anda bersendirian. Tiada akta dan tindakan undang undang yang kejab utk scammer. Pernah dengar scammer di tangkap x? Pernah dengar mangsa dapat duit kembali ke? Saya tak pernah dengar.

Bank pulak bukan cari siapa dalang scammer tapi cari kecuaian kita bagi tac, password tak kuat agar tak dipertanggungjawabkan. Bank akan cari salah pelanggan kenapa bg tac, kenapa bagi info kepada scammer bukan?

Call centre pula memberi alasan yang tidak munasabah dan sering ulangi prosedur yang tidak memberi apa-apa kesan terhadap kes ini. Malah, dia juga terpaksa menghabiskan masa selama seminggu untuk selesaikan kes ini.

Jangan pilih cara memudahkan scammer. Jangan set id dan password yang senang. Jangan Favouritekan akaun anda. Mudah buat transaksi mudah lagi scammer ambik duit tu.

Call centre tak de hati perut. Pergi ke kaunter dan adu dengan betul. Insya Allah tak sampai 3 hari setel. Dah la kite serabut, dia ulang2 prosedur yang tak mahu kita dengar. Lagi nk bergaduh ngan kita. abeskan masa seminggu saya nk stress je.

Sampai sekarang saya masih dapat call rambang yang saya pick up. kekadang 2 3 pagi call. Saya trauma dengan teknologi big data tapi saya perlu join juga sebab masyarakat kini dalam komuniti big data. Semua data kite boleh didapati dengan mudah.

Semua orang disarankan untuk lebih berhati-hati sempena jualan murah yang akan berjalan pada 12/12/2018 supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi

Berhati hatilah semua. Saya bersyukur masih berjumpa jodoh dengan duit saya. Dikemudian hari pasti scammer akan advanced lagi. Sampai bila keraajaan takde data cam CSI. Mungkin tunggu duit PM kena scam kot.

Sekian. Jaga diri. Saya nervous dgn sales 12.12. Jangan la berlaku lagi.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca perkongsian lain mengenai kes scam ini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: