seismik

Duit RM66k Hasil Titik Peluh Wanita Ini Lesap Dek Kena Scam Dengan Kenalan Keluarga

Oh my!

Cover image via Masturah Abu Bakar / Facebook

Banyak betul kes scam sekarang ini

Bukannya tidak diberikan peringatan tentang isu ini namun para scammer ini makin licik dalam menjalankan kegiatan haram mereka. 

Selain itu, mereka juga sangat hebat serta bermulut manis untuk memperdaya mangsa hingga ramai yang kerugian ribuan ringgit. 

Terbaru, seorang wanita menjadi mangsa apabila ditipu sehingga RM66,000 oleh scammer

Masturah Abu Bakar berkongsi di laman Facebook miliknya bagaimana dia berdepan dengan peristiwa hitam ditipu oleh scammer dalam urusan pembelian rumah. 

Difahamkan scammer tersebut diperkenalkan oleh ahli keluarganya menyebabkan dia meletakkan kepercayaan kepada individu tersebut. 

Namun begitu, dia tetap mengambil langkah berhati-hati dan cuba mencari info mengenai individu berkenaan namun tidak menemui apa-apa yang mencurigakan.

Kongsinya lagi, susulan pendedahan yang dibuatnya, individu tersebut ingin menyaman malu dirinya

Di ruangan komen, kelihatan netizen memberikan kata-kata sokongan buat wanita tersebut

Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada kisah wanita ini. Yalah, bukan mudah nak cari duit kan?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Selain wanita ni, banyak juga kes-kes melibatkan scam yang kita temui:

Leave a comment