seismik

[TERKINI] Guan Eng Diarah Bayar Ikat Jamin RM1 Juta Selepas Dituduh Ambil Rasuah

Ahli Parlimen Bagan itu didakwa meminta suapan sebanyak 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperolehi kelak.

Cover image via Sinar Harian

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menetapkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dengan dua penjamin terhadap bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng

Image via Buletin TV3

Menurut laporan, Hakim Azura Alwi memerintahkan agar sebanyak RM500,000 perlu dibayar hari ini manakala bakinya perlu dijelaskan Isnin ini.

Selain jaminan tersebut, mahkamah turut memerintahkan agar pasport peribadi dan pasport diplomatik bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu diserahkan ke mahkamah untuk disimpan sehingga kes itu selesai.

Terdahulu, Ahli Parlimen Bagan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan meminta rasuah bagi projek jalan-jalan utama dan terowong di Pulau Pinang daripada seorang pengarah syarikat

Image via Berita Harian

Berdasarkan kertas pertuduhan, Guan Eng didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperolehi daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Suapan itu dipercayai sebagai balasan upah untuk membantu syarikat milik Zarul Ahmad yang dilantik bagi melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, pada Mac 2011 dan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Sebelum itu, Setiausaha Agung DAP berkenaan hadir ke mahkamah ditemani bapanya, Lim Kit Siang dan kelihatan tenang serta hanya mendiamkan diri sepanjang prosiding

Image via Harian Metro

Mahkamah turut membenarkan permohonan pendakwaan supaya tertuduh tidak membuat sebarang komen subjudis membabitkan kes itu dan menetapkan 9 September ini untuk sebutan semula kes.

Dalam pada itu, pada hari Isnin dan Selasa hadapan, Guan Eng sekali lagi akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang bagi menghadapi dua pertuduhan serupa.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca artikel menarik yang lain hanya di SAYS Seismik: