[TERKINI] Pakar Mendakwa Insiden Kehilangan MH370 Berkait Rapat Dengan Misi Berani Mati
Namun, sehingga kini motif kejadian tersebut masih belum diketahui.
Sekumpulan pakar telah membuat kesimpulan tentang apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat MH370 yang 'hilang' pada 8 Mac 2014
Terdapat pelbagai soalan yang sehingga kini masih menjadi tanda-tanya mengenai pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal telah hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur.
Empat tahun kemudian, sekumpulan penganalisis mendakwa telah menyelesaikan misteri MH370 ketika mereka menyiasat perkara itu dalam program televisyen Australia yang bertajuk '60 Minutes'.
Juru panel menampilkan lima orang pakar dalam siasatan tersebut: Martin Dolan iaitu ketua pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia ketika MH370 hilang, Larry Vance iaitu seorang bekas penyiasat kanan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kanada, John Cox iaitu seorang pakar keselamatan udara global, Charitha Pattiaratchi iaitu seorang profesor laut terkenal di dunia dan Simon Hardy iaitu seorang juruterbang dan pengajar Boeing 777.
Juru panel juga telah mendakwa bahawa kapten MH370, Zaharie Ahmad Shah dengan sengaja menghempas pesawat itu ke dalam Lautan Hindi
"Ini telah dirancang dan disengajakan. Ianya dilakukan dalam tempoh masa yang panjang," kata Dolan, seperti laporan yang dikeluarkan oleh Huffington Post.
Dolan menegaskan bahawa ia adalah keputusan yang disengajakan untuk membunuh diri. “Dia (Zaharie) bercadang untuk membunuh dirinya, malangnya dia membunuh orang lain di atas kapal dan melakukannya secara sengaja.”
Dipercayai pesawat itu dinyah-oksigen bagi mematikan kesemua penumpang yang tidak memakai topeng oksigen kecuali dirinya (Zaharie) yang menunjukkan bukti jelas bahawa tiada sesiapa yang menghubungi mana-mana pihak kerana mereka tidak mampu untuk berbuat sedemikian.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Newshub, Hardy mengatakan bahawa pesawat itu dialihkan untuk terbang ke Pulau Pinang yang merupakan kampung halaman kapten itu sendiri untuk mengucapkan selamat tinggal.
"Saya rasa semua yang kita ada adalah bukti yang cukup untuk menyimpulkan pada masa ini bahawa peristiwa kehilangan pesawat MH370 adalah hasil tindakan yang disengajakan oleh seorang yang mahir dengan pesawat triple seven - juruterbang," kata Dolan ketika mengakhiri program tersebut.
Walaupun penganalisis dalam program bertajuk '60 Minutes' itu telah membuat kesimpulan bahawa kemalangan pesawat MH370 adalah disengajakan, namun mereka masih belum boleh mengeluarkan motif kejadian tersebut
“Kebanyakan pakar penerbangan bersetuju semua bukti menunjukkan bahawa pesawat itu dengan sengaja telah dihempas ke arah laut, namun tiada siapa yang dapat mengenal pasti motif sebenar,” menurut laporan yang dikeluarkan oleh NZ Herald.
Sementara itu, beberapa ahli keluarga mangsa MH370 yang dihubungi oleh CBS News mengatakan bahawa tuntutan yang dibuat oleh ahli panel bukanlah sesuatu yang baru dan mereka tidak akan percaya kecuali ada bukti forensik.
Keluarga Kapten Zaharie juga memberi respon kepada CBS, mengatakan bahawa "Menuding jari ke arahnya (Zaharie) tidak menjadikan mereka penyiasat pakar - mereka perlu mencari pesawat tersebut (MH370)."
Lihat klip penuh perbincangan kelima-lima juru panel tersebut di bawah:
Sumber: Huffington Post | Cb News | NZ Herald | Newshub | NyMag.com