seismik

[TERKINI] Seorang Anggota Polis Maut Ketika Pulang Daripada Tugasan Ops Covid-19

Mangsa dikenali sebagai Sarjan A Rahman Yeob, 59, yang juga Timbalan Ketua Balai Polis Padang Rengas telah terbabas merempuh penghadang jalan sebelum disahkan meninggal dunia.

Cover image via Harian Metro

Seorang anggota polis dikatakan meninggal dunia selepas motor jenis skuter yang ditunggangi telah terbabas di Kilometer 55 Jalan Ipoh-Taiping dekat Kuala Kangsar, hari ini

Mangsa pada ketika itu dalam perjalanan pulang daripada tugasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah terbabas sebelum skuter yang dinaikinya merempuh penghadang jalan di lebuh raya tersebut.

Menurut laporan, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4:40 petang itu, mangsa iaitu Sarjan A Rahman Yeob, 59, yang juga Timbalan Ketua Balai Polis Padang Rengas telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang skuter Yamaha Ego LC dari arah Padang Rengas menuju ke Kuala Kangsar

Image via Harian Metro

“Bagaimanapun, motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan jatuh menggelungsur ke tiang besi penghadang jalan.

“Mangsa masih bernyawa ketika pasukan perubatan tiba di lokasi lalu memberi bantuan pernafasan, namun mangsa disahkan meninggal dunia pada 5.25 petang,” katanya.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Pada 24 Mac lalu, seorang petugas Op Covid-19 telah meninggal dunia akibat tekanan darah tinggi:

You may be interested in: