seismik

[TERKINI] Suami Mangsa Gempa Bumi 'Terbang' Ke Lombok Hari Ini Untuk Jemput Jenazah Isteri

Gempa bumi pada kedalaman cetek bermagnitud 6.4 menggegarkan Pulau Lombok di Indonesia semalam, 29 Julai, lapor Pusat Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Cover image via Google

Gempa bumi pada magnitud 6.4 skala richter menggegarkan Pulau Lombok di Indonesia semalam dan mengakibatkan seorang rakyat Malaysia meninggal dunia, manakala enam lagi cedera parah

Image via Harian Metro

Menurut kenyataan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) gempa terbabit terjadi pada 5.47 pagi dan berpusat 28 km Barat Laut Lombok Timur dengan kedalaman gempa sekitar 10 km, seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Namun begitu, tiada amaran Tsunami dikeluarkan. Menurut laporan BMKG, berlaku 31 gegaran susulan selepas gempa pertama itu sehingga 7.39 pagi semalam, 29 Julai. Gegaran susulan gempa itu di bawah 5 Skala Richter.

Rakyat Malaysia yang maut dikenali sebagai Siti Nur Ismawida, 30, berasal dari Melaka yang dikatakan parah akibat rumah yang diduduki runtuh dan menghempapnya

Siti Nur Ismawida ketika berada di puncak Gunung Rinjani.

Image via Utusan Online

Menurut laporan, seorang lagi pendaki warga Malaysia iaitu Khairul Azim, 30, mengatakan bahawa mangsa mengikuti kumpulan kecil pendaki turun lebih awal dari kumpulannya. Beliau juga berkata, “Ketika kejadian mangsa ke tandas sebelum berlaku gegaran dan rumah berkenaan roboh menghempap mangsa."

Awal pagi ini, suami kepada Siti Nur Ismawida telah terbang ke Lombok pada jam 8 pagi tadi untuk menguruskan jenazah arwah isterinya untuk di bawa pulang ke Malaysia

Mohd Hafiz Mohd Kassim, 30, iaitu suami kepada mangsa telah menaiki kapal terbang ke Lombok seorang diri untuk urusan jenazah arwah isterinya itu.

“Kami sekeluarga masih menunggu sebarang perkembangan daripada menantu selain memantau laporan media tempatan dan Indonesia bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai perkara ini,” kata bapa mangsa, Ismail Abdul Raffar, 62 ketika dihubungi.

Ismail juga berkata bahawa pihaknya masih belum menerima apa-apa perkembangan terbaru daripada mana-mana pihak. Malah, dia dan keluarga hanya mampu memantau laporan media tempatan dan Indonesia sementara menunggu maklumat daripada menantunya itu.

Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia, Mohamad Rizan Hassan, berkata bahawa mangsa merupakan pejuang yang mempunyai hati yang ikhlas dalam membantu memberikan peluang kedua kepada golongan muda yang tercicir akademik dan berisiko

Baca status penuh yang dikeluarkan oleh Rizan Hassan di bawah:

Semoga urusan membawa pulang jenazah Allahyarhamah Siti Nur Ismawida dipermudahkan. Amin.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita tentang gempa bumi yang pernah terjadi sebelum ini:

Leave a comment