Kisah Jimmy, Seorang Anggota Bomba Yang Tak Didendang Tetapi Dihina Orang Ramai
Manusia memang lebih mudah nampak keburukan daripada kebaikan.
Kami pasti ramai orang sudah pun melihat gambar di bawah sebelum ini. Gambar ini menunjukkan tiga pegawai Bomba sedang berehat di salah sebuah pondok semasa misi menyelamat di Gunung Kinabalu tempoh hari.
Dan disebabkan gambar ini, orang ramai terus melontarkan segala tohmahan dan cacian terhadap anggota Bomba. Mereka mendakwa hanya Malim Gunung yang menjalankan tugas menyelamat dengan baik.
Ramai orang menyalahkan anggota penyelamat lain selain Malim Gunung yang didakwa hanya bekerja sambil lewa dan langsung tidak membantu dalam misi SAR.
Namun begitu, ada kisah disebalik ini yang mungkin ramai tidak tahu. Seperti biasa keyboard warriors hanya tahu berbicara sahaja tanpa soal selidik.
Menteri Kesejahteraan Bandar Dan Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Dato' Abdul Rahman Dahlan melalui Facebook memberitahu satu perkara penting mengenai Jimmy, seorang anggota Bomba yang dihina oleh netizen.
Menurut beliau, Jimmy merupakan antara yang terawal tiba di tempat kejadian dan tidak tidur selama 48 jam, demi memastikan operasi menyelamat para pendaki di Gunung Kinabalu berjalan lancar
Usaha para pegawai Bomba dan semua pihak yang terlibat dalam operasi menyelamat harus diberi pujian dan penghargaan. Mereka sanggup bergadai nyawa demi memastikan keselamatan orang lain terbela.
Tetapi apa yang kita nampak, netizen lebih gemar menuding jari dan menggembar-gemburkan cerita berdasarkan apa yang mereka lihat di laman sosial sahaja, tanpa melakukan sebarang siasatan. Ini satu perkara yang amat menyedihkan.