Terokai Sendiri Pengalaman Melancong Unik & Destinasi Menarik Yang Ada Di Singapura
Jom rasai sendiri pengalaman melancong ke Singapura!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh Singapore Tourism Board.
Singapura adalah antara negara yang paling hampir dengan Malaysia dan menjadi salah satu lokasi tumpuan ramai untuk bercuti bersama keluarga tersayang ataupun rakan-rakan
Malah, Singapura sangat terkenal di seluruh dunia sebagai antara destinasi perdagangan serantau dan sangat kaya dengan pelabuhan serta ekonominya.
Begitu juga dengan sektor pelancongan, Singapura menjadi tarikan berjuta-juta pelancong dan sentiasa meningkat saban tahun.
Disebabkan itu juga, terdapat pelbagai tempat pelancongan dan taman tema yang tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan dan pelancong berasa seronok dengan semua tarikan ini.
Tahukah anda, terdapat pelbagai lokasi menarik di negara ini yang anda boleh kunjungi. Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan antara tempat menarik yang wajib dilawati apabila anda melancong ke Singapura.
Katong-Joo Chiat
Singapura terkenal dengan banyak kejiranan yang unik dan Katong-Joo Chiat adalah salah satu daripadanya.
Kawasan ini dikenali dengan budaya Peranakan, serta makanan, seni bina, dan beli-belah yang terdapat di dalamnya.
Katong-Joo Chiat juga dipenuhi dengan rumah kedai berwarna-warni, restoran, dan muzium. Terdapat banyak tempat makan yang unik, termasuk restoran yang menyajikan masakan Peranakan.
Lorong Haji (Haji Lane)
Salah satu lokasi paling menarik yang wajib anda kunjungi adalah lorong Haji atau lebih dikenali sebagai Haji Lane.
Bagi anda yang suka ber-OOTD, lorong haji juga merupakan spot terbaik untuk anda potretkan gambar kenangan kerana di sini terdapat banyak dinding dengan lukisan mural menarik.
Little India
Fakta menarik mengenai Singapura adalah ia memiliki kawasan kejiranannya yang pelbagai dan memiliki sejarah tersendiri.
Alang-alang dah sampai ke Lorong Haji, apa kata anda mengembara ke Little India dan Arab Street yang terletak bersebelahan saja dengan Lorong Haji.
Little India di Singapura ini boleh dikatakan sama seperti Brickfields di Kuala Lumpur. Kebanyakan barangan yang dijual di sini adalah seperti sari, kendi dan barangan tradisi masyarakat Hindu.
Kawasan ini juga terkenal dengan warisan India yang kaya. Pengunjung boleh menerokai pelbagai tarikan di kawasan ini, termasuk Kuil Sri Veeramakaliamman dan Pusat Warisan India.
Arab Street
Di Arab Street pula banyak gerai-gerai kecil yang menjual barangan yang diimport dari Parsi seperti karpet, tekstil, batu permata dan beberapa kraftangan lain.
Bagi anda yang meminati barangan dari timur tengah, Arab Street pastinya syurga beli-belah buat anda!
Masjid Sultan di Kampung Gelam
Masjid Sultan adalah sebuah masjid yang menonjol dengan kubah keemasannya, terletak di Kampung Gelam. Dibina pada tahun 1824 untuk menghormati Sultan Hussein Shah, ia merupakan peringatan bahawa Kampung Gelam pernah menjadi tempat duduk kerabat diraja Melayu dan tempat tinggal pelbagai komuniti Muslim imigran.
Walaupun kini menjadi pusat gaya hidup yang trendy, Kampung Gelam masih mengekalkan pesonanya. Masjid Sultan terus memainkan peranan penting bukan sahaja sebagai tempat ibadah Islam tetapi juga dalam memupuk semangat komuniti setempat.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom bercuti bersama keluarga anda di Singapura hujung minggu ini! :)
Untuk maklumat lanjut berkenaan aktiviti menarik di setiap kejiranan di Singapura layari https://www.visitsingapore.com/neighbourhood/featured-neighbourhood/ bagi info terkini mengenai destinasi pelancongan di Singapura, klik sahaja di SINI!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!