Hotel Bangsal Ikan Ini Luar Nampak Biasa, Tapi Dalamnya Pasti Buat Anda Ternganga
Berkonsepkan ekologi dan seni. Gabungan yang mantap sekali!
Kami yakin, semua orang pasti menginginkan tempat percutian yang cantik, damai dan menenangkan. Antara destinasi yang menjadi pilihan pastinya di kawasan pulau yang dikelilingi lautan yang indah.
Tetapi apa kata kali ini anda cuba kelainan untuk bermalam di sebuah hotel yang berbentuk bangsal ikan seperti ini?
Sedikit berbeza dengan hotel yang lain yang biasanya dibina di kawasan bandar, hotel ini dibina di kawasan jeti iaitu di Jeti Kuala Sepetang, Taiping, Perak
Untuk pengetahuan anda, Kuala Sepetang dahulunya dikenali sebagai Port Weld dan ia terletak di kuala sungai yang menghadap Selat Melaka di sebelah barat Taiping, Perak.
The Happy 8 Retreat @ Kuala Sepetang merupakan hotel yang berkonsepkan kombinasi antara ekologi dan seni. Mungkin anda berasa ragu-ragu jika hanya melihat luaran hotel ini, tetapi pastinya tidak lagi setelah lihat ruang di dalamnya!
Inilah yang dinamakan kombinasi ekologi dan seni yang mana hampir keseluruhan perabot di dalamnya berasaskan kayu. Reka bentuk perabot ini pula sememangnya cantik dan unik.
Lihatlah ruangan biliknya pula, sangat cantik dan indah. Unsur alam yang diketengahkan, betul-betul menenangkan buat sesiapa saja yang bermalam di sini.
Cuba anda lihat, dindingnya dihiasi dengan lukisan-lukisan yang melambangkan nature. Apa kata scroll lagi ke bawah untuk melihat contoh-contoh bilik yang ada di sini.
Menariknya, lukisan-lukisan dinding tersebut sepenuhnya merupakan lukisan tangan. Tak boleh dinafikan, memang cantik.
Mungkin pengalaman baru buat anda apabila bangkit saja dari tidur, anda dapat melihat pemandangan indah jeti terus dari tingkap kamar.
Nah, tengok lagi gambar-gambar bilik yang 'WOW' di bawah ini
Nampaknya, gabungan unsur ekologi dan seni ni memang tidak mengecewakan. Semua kelihatan indah dan sedap mata memandang.
Ruang kafe hotel ini juga tidak kurang hebatnya. Sekali pandang persis kafe-kafe mahal di ibu kota.
Sudahlah hotel ini terletak di kawasan jeti, malah mempunyai sebuah kafe moden di dalamnya. Mana nak cari tempat sebegini?
Ini pula sudut rehat hotel. Petang-petang pekena kopi sambil melihat pemandangan laut dan jeti memang terbaik!
Dikhabarkan berdekatan jeti terdapat pantai kulit kerang dan bagi mereka yang suka memancing, ada port memancing buat anda di sana.
Selain itu, kafe ini turut menyediakan pelbagai jenis masakan. Dari masakan tempatan sehinggalah ke masakan western. Terpulang kepada anda untuk mencuba, pilihan terletak di tangan anda.
Dengar-dengar, tukang masaknya bukanlah orang tempatan, tetapi merupakan seorang chef yang berasal dari Eropah. Kami yakin pasti ada kelainan. Jom cuba!
Jadi apa tunggu lagi? Bagi anda yang merancang untuk bermalam di sebuah hotel yang unik, selesa dan rare, The Happy 8 Retreat @ Kuala Sepetang adalah jawapannya.
Maklumat lanjut anda boleh melayari www.thehappy8.com.my
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!