seismik

Resort Eksklusif 'Kampung Style' Ini Memang Amat Mempesonakan. Hanya Di Kota Bharu Boh!

Jange kata abe dok payung.

Cover image via ALA Riverview Lodge/Facebook

Mana-mana resort yang anda cari untuk percutian seterusnya, pastinya anda akan memilih satu yang mempunyai persekitaran cantik, damai, dan menenangkan

Maldives ke ni? Cantiknya!

Image via tumblr.com

Maklumlah, holiday bertujuan untuk bersantai dan berehat. Jadi, resort dengan suasana tenang memang begitu ideal sekali untuk dijadikan pilihan bermalam.

Untuk kali ini, kami terjumpa satu resort yang sangat unik dan cantik. Bila tengokkan pada gambar-gambar, terasa macam nak apply cuti terus dan tinggalkan ibu kota.

Ini baru sikit. Cuba scroll lagi ke bawah dan lihat sendiri kecantikan resort ini.

Menariknya, resort ini terletak betul-betul di tepi sungai yang bersih. Jadi sambil menginap, deria telinga akan disapa dengan bunyi aliran air sungai yang permai dan mendamaikan.

Elemen air memainkan peranan penting dalam merehatkan minda. Dengan adanya sungai terletak bersebelahan, penginapan anda pasti menjadi lebih permai.

Nak lagi best, di sini juga ada swimming pool yang agak besar untuk anda bersuka ria bersama teman-teman. Semua orang pun suka kalau resort ada kolam renang kan?

Resort yang cantik, dicampur pula dengan sungai tenang, dan diadun lagi dengan swimming pool, siapa-siapa yang singgah di sini pasti akan rasa terpesona.

Lihat pula pada interior resort ini. Panel kaca yang digunakan pada ruang tamu memberi pencahayaan semula jadi, dan pada masa yang sama tetamu boleh menikmati pemandangan sungai dari dalam.

Siap ada balkoni menghadap sungai.

Image via ALA Riverview Lodge/Facebook

Konsep yang digunakan cukup bijak dan begitu anggun sekali dengan hiasan dalaman bertemakan perabut rotan dan kayu-kayan.

Bukan itu saja, pengunjung juga boleh menikmati sunset yang begitu menakjubkan dan memukau mata memandang dari balkoni resort. Satu pemandangan yang pasti tak boleh dilepaskan!

Bersantai di balkoni sambil melihat matahari terbenam bersama secawan kopi panas di tangan. Memang terbaik!

Bagi yang gemarkan aktiviti air pula, di sini ada kemudahan kayak dan bot yang membolehkan pengunjung bersiar-siar di sekitar kawasan sungai

Nak kayak seorang diri boleh, nak berdua pun boleh. Yang penting, mesti kena pakai lifejacket, walaupun masa naik bot. Keselamatan perlulah diutamakan.

Eh? Kancil pun ada?

Jadi macam mana? Dah terbayang-bayang diri anda duduk bersantai di tangga resort macam dalam gambar di bawah ni?

Inilah ALA Riverview Lodge, sebuah tempat penginapan eksklusif untuk pasangan berbulan madu dan percutian keluarga. Resort ini terletak di Kota Bharu, Kelantan.

Terletak di tebing sungai Pangkalan Datu bersebelahan Jambatan Pulau Melaka, suasana kampung yang nyaman dengan pemandangan alam semulajadi di resort ini pasti mempesonakan setiap tetamu yang datang.

ALA Riverview Lodge
Alamat: Lot 677 Lorong KP, Jalan Raja Perempuan Zainab 2, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
No telefon: +6019-919 6961
Email: [email protected]

Maklumat lanjut klik sini.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kalau tak nak ke Kelantan, boleh juga ke Tanjung Malim atau Kuantan:

You may be interested in: