Mahukan Suasana Rustik Atau ‘Japanese’? Resort Di Kuantan Ini Ada Segalanya!
Resort yang mengetengahkan 4 konsep berbeza ini memang sangat kreatif. Dekat je!
Cover image via tboxsungailembing.comTerpikat tak bila tengok interior sebuah resort yang sarat dengan hiasan kayu macam ni?
Image via T-BOX SG Lembing/Facebook
Konsep kayu-kayan memang agak popular bagi sesebuah resort. Ciri-ciri rustik ditambah dengan elemen semula jadi menjadikannya antara pilihan paling digemari orang ramai.
Macam mana pula dengan konsep japanese Interior yang comel ini?
Image via T-BOX SG Lembing/Facebook
Jarang-jarang untuk kita temui penggunaan konsep Jepun pada kebanyakan resort di Malaysia. Walaupun tidak banyak digunakan, ciri minimalis yang diterapkan amat menarik perhatian pengunjung.
Ditambah pula dengan tempat menginap berupa kabin petak berwarna-warni yang simple ini, pasti semua orang akan terpegun dengan keunikannya
Image via T-BOX SG Lembing/Facebook
Kabin petak seperti ini semakin mendapat tempat dikalangan *backpackers*. Selaras dengan popularitinya yang kian meningkat, penggunaan konsep kabin ini sememangnya satu langkah bijak bagi menarik minat pengunjung untuk datang ke sesuatu resort.
Mana-mana pun pilihan anda, ketiga-tiga konsep ini semuanya anda boleh dapatkan di T-Box Sungai Lembing di Kuantan, Pahang. Ya, semuanya ada!
**T-Box Sungai Lembing** mungkin satu nama yang agak asing bagi kebanyakan orang. Barangkali ramai yang tidak pernah dengar pun namanya sebelum ini. Tapi selepas diselidik, resort ini benar-benar mempunyai satu daya tarikan unik melalui konsep-konsep yang diketengahkan. Sekarang ini, orang ramai memang sukakan [*travels & hotels*](http://coupon.says.com/coupons-travel-hotels/) yang menarik untuk dilawati.Resort ini mempunyai 4 konsep berbeza yang boleh anda dapatkan di bawah:
Image via T-BOX SG Lembing/Facebook
1. Wooden Cottage
**Wooden Cottage** terletak di atas sebuah bukit kecil dan ia dikelilingi dengan pokok-pokok bunga yang segar. Setiap *cottage* boleh memuatkan sehingga 6 orang, lengkap dengan bilik air peribadi, tab mandi, dapur kecil, dan balkoni peribadi.
Image via T-BOX SG Lembing/Facebook
Image via T-BOX SG Lembing/Facebook
Image via T-BOX SG Lembing/Facebook
Image via T-BOX SG Lembing/Facebook
Image via T-BOX SG Lembing/Facebook
Image via T-BOX SG Lembing/Facebook
2. Japanese Cabin
**Japanese Cabin** boleh memuatkan 4 atau 6 orang dengan katil tambahan. Ia dilengkapi dengan satu katil *double*, dua katil *single*, ruang tamu kecil dengan tatami, bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian air panas, penghawa dingin, TV satelit, peti sejuk kecil, dan *dispenser* air panas/sejuk.
Image via T-BOX SG Lembing/Facebook
Image via T-BOX SG Lembing/Facebook
Image via T-BOX SG Lembing/Facebook
Image via T-BOX SG Lembing/Facebook
Image via T-BOX SG Lembing/Facebook
Image via T-BOX SG Lembing/Facebook
3. Colourful Cabin
Terdapat 12 unit **Colourful Cabins**. Setiap kabin boleh memuatkan 8 orang dan tidak mempunyai tandas peribadi. Semua kabin dicat dengan tema yang berbeza seperti sarang labah-labah, moo, kotak xmas, dan lain-lain. Di dalamnya terdapat 2 katil *queen*, 4 katil *single*, penghawa dingin, *dispenser* air panas/sejuk, dan peti sejuk kecil.
Image via T-BOX SG Lembing/Facebook
Image via T-BOX SG Lembing/Facebook
Image via T-BOX SG Lembing/Facebook
Image via T-BOX SG Lembing/Facebook
Image via T-BOX SG Lembing/Facebook
Image via T-BOX SG Lembing/Facebook
4. Wooden White House
Image via T-BOX SG Lembing/Facebook
Image via T-BOX SG Lembing/Facebook
Image via T-BOX SG Lembing/Facebook
Image via T-BOX SG Lembing/Facebook
Image via T-BOX SG Lembing/Facebook
Image via T-BOX SG Lembing/Facebook
**Wooden White House** ini lengkap dengan 3 bilik berasingan; 1 bilik tidur dengan katil *double* dan 2 bilik dengan katil *double decker* yang boleh memuatkan 3 orang. Rumah ini boleh menampung 8 sehingga 13 orang dengan katil tambahan. Selain itu, terdapat ruang tamu, ruang makan, dapur kecil, peti sejuk, penghawa dingin, *dispenser* air panas/sejuk dan bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian air panas.
Selain penginapan, T-Box Sungai Lembing juga menawarkan perkhidmatan seperti:
**1. Rainbow Waterfall Package**
Sungai Lembing cukup sinonim dan sangat popular dengan Rainbow Waterfall atau Air Terjun Pelangi. Ketika matahari terbit, pantulan sinar matahari yang jatuh pada air terjun membentuk imej pelangi yang betul-betul terapung di atas air.
**2. Bukit Panorama Trip**
Bukit Panorama merupakan lagi satu tempat yang wajib dikunjung di Sungai Lembing. Bukit ini yang mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk didaki menyajikan pemandangan yang amat menakjubkan terutamanya ketika matahari terbit. Pastinya memberi satu kepuasan bagi setiap pendaki.
[Servis](http://coupon.says.com/coupons-travel-hotels/) lain yang ditawarkan:
3. Sight-seeing tour
4. Barbecue service
5. Catering service
6. Bicycle rental
Apa tunggu lagi, dah boleh terus rancang trip ke T-Box Sungai Lembing selepas ini dengan kawan-kawan dan keluarga!
Maklumat lanjut mengenai **T-Box Sungai Lembing**:
[Pemandangan 360°](http://tboxsungailembing.com/about-us)
[Laman web](http://tboxsungailembing.com/)
[Facebook](https://www.facebook.com/tboxsglembing/)
Alamat: EB 33, Jalan Sungai Lembing, Kampung Tengah, 26200, Sungai Lembing, Pahang.
No telefon: +6010-288 2993
Email: [email protected]
Image via T-BOX SG Lembing/Facebook
