Dari Jepun Ke Seluruh Dunia, Uji Matcha Guna Teh Pertama Yabukita Dalam Tin ‘Shizuku’

Peminat matcha sila kumpul sini!

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau anda peminat matcha, mungkin ada satu lagi produk dari Jepun yang boleh dimasukkan dalam senarai untuk dicuba

Jenama matcha dari Uji, Kyoto, Uji Matcha Drops kini melancarkan 'Shizuku – Matcha Can (30g)' menggunakan teh pertama Yabukita yang dituai pada musim bunga.

Produk berkenaan dijual pada harga 3,200 yen dan boleh didapati menerusi laman web rasmi jenama serta TikTok Shop.

Selain itu, ia turut mula dijual di beberapa kedai kopi di Tokyo seperti Peak by SWELL COFFEE ROASTERS di Todoroki dan KEK COFFEE & BAKES di Kyodo, Setagaya.

Menurut Uji Matcha Drops, hanya daun teh yang dipilih dengan teliti digunakan untuk menghasilkan matcha berkenaan

SAYS.com
Image via @ujimatcha_drops (Instagram)

Menurut Uji Matcha Drops, hanya daun teh yang dipilih dengan teliti digunakan untuk menghasilkan matcha berkenaan.

Hasilnya, ia dikatakan mempunyai rasa pahit yang lebih rendah, selain aroma dan rasa umami yang lebih mudah menyerlah.

Bukan sekadar boleh dibancuh sebagai matcha biasa, produk ini juga sesuai dinikmati sebagai matcha latte atau dicampur dengan air panas.

Menariknya, di sebalik jenama ini terdapat kisah pengasas yang cukup dekat dengan budaya teh Jepun.

Pengasas Uji Matcha Drops dilahirkan dan dibesarkan di Uji, kawasan yang sememangnya terkenal sebagai antara pusat pengeluaran matcha di Jepun

SAYS.com

Pengasas Uji Matcha Drops, Shizuku Yoneda

Image via PR Passport

Sejak kecil, ladang teh menjadi pemandangan biasa ketika dalam perjalanan ke sekolah, malah air paip di sekolahnya turut mengeluarkan hojicha.

Pendek kata, teh bukan sekadar minuman, tetapi sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan sejak kecil.

Uji Matcha Drops juga membawa elemen falsafah 'Zen' yang sinonim dengan budaya upacara teh Jepun.

Antaranya ialah konsep Ichigo Ichie, iaitu menghargai setiap pertemuan dan detik yang berlaku kerana ia tidak akan berulang dalam bentuk yang sama.

SAYS.com
Image via @ujimatcha_drops (Instagram)

Namun, jenama ini tidak mahu falsafah tersebut kekal sebagai sesuatu yang hanya boleh dirasai dalam upacara teh tradisional.

Sebaliknya, mereka mahu menjadikan penyediaan matcha sebagai satu rutin harian untuk menenangkan fikiran.

Tak perlu mahir dalam upacara teh atau mempunyai pengalaman khusus. Cukup dengan mengambil sedikit masa untuk mendidihkan air, menyediakan matcha dan menikmati minuman tersebut tanpa gangguan.

Logo pun ada maksud tersendiri

SAYS.com
Image via PR Passport

Kalau diperhatikan, logo Uji Matcha Drops turut mempunyai kisahnya sendiri. Ia diinspirasikan daripada Kanze-sui, sejenis corak tradisional Jepun yang dikenali sebagai Ryusui Mon atau corak air mengalir.

Motif tersebut menggambarkan titisan air yang jatuh ke permukaan sebelum menghasilkan riak yang semakin merebak.

Konsep itu menjadi simbol kepada hasrat jenama berkenaan untuk menyebarkan budaya matcha dari Uji ke seluruh dunia.

Dah dieksport ke 35 negara

Setakat ini, matcha keluaran Uji Matcha Drops telah dieksport ke 35 negara.

Pelanggan mereka bukan sahaja terdiri daripada pengguna individu di luar Jepun, malah turut melibatkan pemilik kedai, syarikat perdagangan dan perniagaan yang menggunakan matcha sebagai sebahagian daripada produk atau menu mereka.

SAYS.com
Image via @ujimatcha_drops (Instagram)

Pilihan matcha yang ditawarkan juga bukan terhad kepada Yabukita Ichibancha. Mereka turut menyediakan matcha mengikut gred dan varieti, termasuk untuk kegunaan dalam minuman, kuih-muih dan pembuatan roti.

Malah, sistem pembekalan turut disediakan bagi pelanggan yang memerlukan bekalan secara berterusan.

Jadi, kalau sebelum ini matcha mungkin sekadar minuman untuk diminum sekali-sekala, Uji Matcha Drops nampaknya mahu membawa budaya tersebut lebih dekat dengan kehidupan harian. Kena cuba ni!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: