Anjing Antara Haiwan Paling Banyak Didera & Diabaikan Di Malaysia

Bukan anjing sahaja, banyak juga kes yang melibatkan kucing, kuda dan lembu.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Anjing adalah haiwan paling banyak didera dan dibiarkan di Malaysia

Masalah ini ditambah lagi dengan pembiakan yang tidak terkawal dan persepsi orang ramai yang menganggap ia berbahaya.

Menurut laporan dari New Straits Times, Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Professor Madya Arie Dwi Andika mengatakan rekod ini diperoleh daripada penguatkuasa yang menunjukkan laporan kes paling tinggi iaitu anjing diikuti kucing, kuda dan lembu.

"Banyak anjing telah didera, dipukul dan diracun. Ada yang ditinggalkan pemilik, atau ditinggalkan tanpa jagaan atau makanan, diikat menggunakan rantai yang pendek. Kucing juga menghadapi masalah yang sama," katanya.

SAYS.com
Image via Utusan

Arie mengatakan banyak aduan mengenai kuda juga semakin meningkat, di mana ia tidak mempunyai tempat perlindungan dan perlu diselamatkan.

Lembu juga sering dibiarkan dimana terdapat beberapa penternak hanya membiarkan ia mencari makanan sendiri.

SAYS.com
Image via Malaysia Aktif

Lebih kurang separuh daripada kes-kes ini melibatkan anjing

"Lebih kurang separuh daripada kes-kes ini melibatkan anjing, diikuti kucing. Pada tahun 2023, sebanyak 38,833 aduan telah direkodkan melibatkan anjing termasuk kes gangguan dilaporkan kepada penguatkuasa," tambahnya lagi.

Secara purata lebih kurang 2,000 anjing telah ditangkap setiap tahun dan kebanyakannya adalah anjing liar atau terbiar.

SAYS.com
Image via New Straits News

"Dari segi populasi, nombor kes anjing ini melebihi nombor pemilik yang bertanggungjawab sekaligus menyebabkan banyak yang perlu mempertahankan diri sendiri," tambah Arie.

Ramai orang perlu sedar menjaga haiwan datang dengan tanggungjawab dan memerlukan penjagaan makanan, tempat tinggal, kebersihan dan penjagaan yang baik.

Menurut rekod Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), terdapat 4,133 aduan mengenai penderaan, pengabaian dan kebajikan pada tahun 2024.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: