Misteri Jalan Karak Lama, Pasangan Pelancong Asing Kemalangan Dakwa Diganggu Sesuatu
Nak bercuti termasuk Jalan Karak pula.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Hanya mahu percutian biasa tetapi lain pula yang berlaku apabila pasangan pelancong asing ini melalui Jalan Karak Lama
Baru-baru ini terdapat satu video menunjukkan sebuah kerena sedang ditarik di Jalan Karak Lama (Jalan Kuala Lumpur – Bentong) dikongsikan di Threads oleh @mdalif_96.
Pasangan pelancong asing dari Bangladesh ini dikatakan menghadapi kemalangan akibat kederaan yang dinaiki mereka hilang kawalan.
Difahamkan, pemandu ternampak sosok orang tengah berdiri di tengah jalan sebelum hilang kawalan keretanya akibat terkejut dan cubaan mengelak. Buat penumpang pula ternampak sosok perempuan yang duduk disebelahnya di bahagian tempat duduk belakang.
Dalam video yang dikongsikan, hos video telah mengatakan pasangan warga Bangladesh ini cuma mahu bercuti di Malaysia.
"Meremang bulu roma, hasrat kau nak jalan-jalan dekat negara orang, tiba-tiba jadi macam ni jumpa hantu," kata hos dalam video.

Ramai juga berkongsi pengalaman melalui jalan yang "terkenal" ini
Menjawab persoalan komen mengenai mengapa pasangan tersebut melalui jalan itu hos mengatakan mereka bukan warganegara Malaysia jadi mereka tidak tahu perkara ini.
"Tu ramai orang, dia bukan tahu. Dia bukan warganegara sini, kita ini orang Malaysia memang kita dah tahu. Kadang-kadang majoriti orang Malaysia pun tak tahu dia lalu juga jalan ni," kata hos.
Satu lagi komen ada menceritakan perkara yang sama apabila melihat satu entiti bersama suaminya yang melalui Jalan Karak Lama ini.

"Saya pernah lalu Jalan Lama Karak ni tanpa sengaja tak tau macam mana boleh lalu. Terserempak dengan oarang berdiri tengah jalan pegang pelita. Sampai dekat, tak ada muka. KOSONG! Aku cuak tanya suami. Abang kenapa dia. Dia hanya berdehem.. Tiba-tiba kereta jadi berat seberatnya. Sampai di hotel, dia cakap banyak kali dah pesan kalau nampak apa-apa diam. Suami saya cakap dia tak ada nampak apa-apa. Dia hanya dapat bau wangi bunga cempaka ja. Wangi yang tajam," kata @itsmemellyysoul di Threads.
"Aku masuk tol karak pun dah gerun , apatah lagi jalan karak lama. Tapi laki aku cakap jalan dia seram, sebab jalan kecil. Satu kereta je muat ."
Ada juga yang berpesan jangan lalu jalan berkenaan jika sudah lewat malam.
"Jalan Karak lama ni kalau orang tak biasa, elok jangan lalu terutama lepas senja. Kalau hati tak kental seeloknya elakkan. Bercakap berdasarkan pengalaman."
Jalan ini sering digunakan orang ramai untuk terus ke Bandar Bentong. Namun keadaan jalan ini agak gelap, sunyi dan dipenuhi hutan di kiri dan kanan ketika memandu. Ramai mendakwa jalan ini 'keras' dan telah menjadi mangsa diganggu ketika melalui jalan berkenaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via