Myanmar Setuju Bawa Pulang 5,000 Pelarian Dari Malaysia Menggunakan Kapal Laut

Difahamkan, perkara berkaitan kos penghantaran masih dalam rundingan kerana Kementerian Luar (KLN) hanya bertindak sebagai fasilitator.

Enlarge text
Cover ImageCover image via UNHCR & REUTERS

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan Myanmar bersetuju membawa pulang kira-kira 5,000 pelarian dari negara itu yang berada di Malaysia menggunakan kapal, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan

SAYS.com
Image via Dato' Seri Mohamad Hasan (Facebook)

Menurut laporan Berita Harian, perkara itu dimaklumkan oleh rakan sejawatnya dari Myanmar ketika pertemuan antara kedua-dua menteri.

Bagaimanapun, beliau berkata perkara berkaitan kos penghantaran masih dalam rundingan kerana Kementerian Luar (KLN) hanya bertindak sebagai fasilitator, manakala Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti proses berkenaan.

Mohamad berkata, penghantaran pulang itu perlu dilaksanakan segera kerana identiti 5,000 pelarian berkenaan sudah dikenal pasti. Namun, aspek keselamatan mereka turut menjadi perhatian Malaysia.

"Tetapi isunya adalah keselamatan 5,000 pelarian ini, kita tegaskan apakah mereka selamat apabila dihantar balik. Apa akan terjadi kepada mereka, itu perlu juga difikirkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Hari ASEAN ke-59 di Wisma Putra.

Malaysia mahu Myanmar patuhi 5PC yang disyorkan

Mengulas peranan ASEAN dalam menangani isu pelarian dari Myanmar, Mohamad berkata perkara itu perlu diuruskan secara bersama meskipun ia pada asasnya melibatkan masalah dalaman negara berkenaan.

Katanya, Malaysia mahu Konsensus Lima Perkara (5PC) terus menjadi teras mekanisme ASEAN dalam menangani konflik di Myanmar.

Antara perkara yang digariskan dalam 5PC ialah:

  • Menghentikan keganasan serta-merta di Myanmar
  • Mengadakan dialog membina antara semua pihak
  • Melantik wakil khas Pengerusi ASEAN bagi memudah cara dialog
  • Menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Myanmar
  • Membolehkan wakil khas ASEAN melawat Myanmar dan bertemu pihak berkepentingan
SAYS.com
Image via Berita Harian

Mohamad turut menegaskan bahawa isu yang dibincangkan bukan hanya membabitkan pelarian Rohingya, sebaliknya turut melibatkan pelarian daripada pelbagai etnik lain seperti Chin.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaklumkan Myanmar bersetuju menerima semula 5,000 pelariannya di Malaysia hasil rundingan diplomatik dan hubungan baik antara kedua-dua negara.

Perkembangan itu dilihat sebagai langkah awal dalam menangani isu berkenaan, selain memastikan aspek ketenteraman awam di Malaysia terus terpelihara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: