seismik

"Sebenarnya, Tiada Kebebasan Beragama Di Malaysia..."

Adakah kita memberi mereka kebebasan?

Cover image via Projek Dialog

DBKL menolak permohonan penganjuran 'Better Beer Festival 2017' yang dirancang diadakan pada 6 dan 7 Oktober depan di Solaris Damansara

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khalid Zakaria berkata DBKL telah memutuskan untuk menolak permohonan aktiviti berkenaan.

"Permohonan aktiviti itu pada tempat, masa dan tarikh yang dinyatakan adalah tidak diluluskan.

"Sekiranya penganjur meneruskan aktiviti tersebut, DBKL berhak mengambil tindakan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada," katanya seperti yang dipetik dari Sinar Harian.

Tambahan pula, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Riduan Mohd Nor mendakwa pesta arak adalah sesuatu yang menggemparkan dan mengundang kemarahan umat Islam

Image via says.com

Pada tahun 2012, ia diadakan di Taps Beer Bar di Changkat Bukit Bintang dengan kehadiran 200 orang pengunjung. Ia diadakan sekali lagi pada tahun 2016 di Publika Shopping Gallery dengan menyediakan 150 jenama arak dan kehadiran mencecah 3,500 orang.

Dr Riduan Mohd Nor.

Image via Harakah Daily

"Pada tahun ini pula, penganjur mahu membawa 250 jenama arak berbeza dari 43 syarikat arak dengan sasaran pengunjung seramai 6,000 orang.

"Tentunya umat Islam tidak mampu berdiam diri dengan membiarkan penganjur sewenang-wenangnya mengadakan pesta maksiat di Kuala Lumpur. Adalah sesuatu yang memalukan buat negara Islam seperti Malaysia, apabila program mungkar mudah mendapat tempat di hati masyarakat.

"Kita tidak sanggup jika Kuala Lumpur dikenali oleh dunia sebagai pusat maksiat terbesar di Asia," tulis Dr Riduan di Harakah Daily.

Namun begitu, seorang pengguna Facebook Farouk A. Peru melalui satu status telah membidas kenyataan ahli PAS tersebut.

Menurutnya, sudah tidak ada lagi kebebasan beragama di Malaysia apabila upacara sebegini dibatalkan.

Beliau berkata Oktoberfest merupakan satu pesta yang mempunyai kepentingan budaya dan telah menjadi satu keraian bagi sesetengah masyarakat bukan Islam di seluruh dunia.

Selain itu, mereka mempunyai hak untuk menginterpretasi dan mengamalkan apa yang mereka fahami dan kita tidak berhak untuk merampas hak ini daripada mereka.

Image via wixstatic.com

Baca status penuh di bawah:

Folks, I wrote this in Malay especially for Malay speakers. Reason is, we need to make them aware that we are now on a road towards Islamofascist rule. So I ask you, please share it with Malay speaking Muslims that you know. Thanks!

Oktoberfest Dan Ilusi Kebebasan Beragama

Sebenarnya, tiada kebebasan beragama di Malaysia.
Saya bukan salah taip. Saya ulang, TIADA kebebasan beragama. Pembaca mungkin terkejut dan menyanggah, ‘kebebasan beragama memang termaktub dalam perlembagaan!’. Saya bukan merujuk kepada kebebasan agama orang Melayu yang sememangnya tak wujud langsung pun. Saya merujuk kepada orang-orang lain, rakyat Malaysia yang berhak sepenuhnya. Mereka TIADA kebebasan beragama.

Apa maksud saya?

Kan mereka boleh menganut agama Buddha, Kristian, Hindu dan sebagainya. Jadi macam mana saya boleh kata yang mereka tiada kebebasan pula? Saya berkata begitu kerana mereka tiada hak untuk menginterpretasi dan mengamalkan apa mereka fahami. Kebebasan mereka adalah dari segi zahiriyah sahaja. Superficial dalam Bahasa Inggeris. Seperti pemahaman agama PAS.

Image via amazonaws.com

Oktoberfest yang diharamkan semalam ekoran ancaman yang dibuat oleh Pemuda Pas dan reaksi kerajaan BN yang cukup takut kepada undi Melayu Islam konservatif adalah satu pesta yang mempunyai kepentingan budaya di serata dunia. Minuman bir mempunyai pelbagai jenis dan ia menjadi satu keraian untuk mencuba kepelbagaian ini. Ia bererti bagi sesetengah orang jadi kita tidak berhak untuk merampas hak ini. Pemuda PAS kononnya mahu menjaga sensitiviti umat Islam tetapi saya orang Islam tidak terganggu langsung dengan Oktoberfest. Ia tak pernah mengacau saya seperti PAS dan kuncu-kuncu mereka yang sentiasa sibuk hal orang lain.

Pemuda PAS adalah golongan hipokrit yang menggunakan agama untuk meraih markah politik. Jika mereka benar-benar ikhlas tentang agama, mengapa mereka tidak mengkritik presiden mereka yang telah menjadi orang suruhan UMNO? Sepanjang 30 tahun Hadi Awang mengutuk UMNO tetapi sekarang dia sudah dapat menerima ketuanan UMNO. Mengapa Pemuda PAS tidak marah apabila orang mereka sendiri mengusir orang Asli dari perkampungan mereka? Pengusiran manusia adalah satu perkara serius dalam Islam tetapi Pemuda PAS senyap sahaja. Mengapa mereka tidak marah apabila mangsa banjir Kelantan masih belum ditempatkan semula dengan sepenuhnya? Ataupun Kelantan Serambi Mekah (‘serambi hiv’ lebih sesuai!) yang paling terer dalam porno, hiv dan menjadi customer terbaik pelacur Thai? Tak payah pun Oktoberfest di sana!

Image via blogspot.com

Minggu lepas, sekolah tahfiz Iftifaqiyah terbakar dan murid-murid seramai 21 orang mati kerana tiada prosedur keselamatan yang tertentu. Jeriji tingkap mereka tak dapat dibuka kerana dikunci mati. Begitu murah nyawa kanak-kanak kepada geng lebai dan Pemuda PAS pun tak bersuara walau sepatah. Kenapa? Kerana mereka hipokrit.
Kebebasan beragama mesti termasuk kebebasan untuk memahami dan mengamalkan apa yang difahami dalam agama masing-masing. Bagi orang Kristian, cukuplah untuk menerima Jesus sebagai penyelamat mereka jadi kita patut hormati pilihan ini. Alkohol tidak haram bagi mereka jadi kalau kita haramkannya bagi pihak mereka, adakah kita memberi mereka kebebasan?

Mereka bukan berpesta di rumah orang Islam atau di masjid! Mereka berpesta dilokasi yang spesifik dan ada peraturan untuk memastikan yang tiada masalah kepada orang lain. Kenapa kita mesti menghalang mereka?

Kita orang Islam perlu memahami yang orang lain mempunyai budaya masing-masing. Mereka pun berhak untuk mengamalkan budaya itu. Kita mahu Islam bebas diamalkan di mana-mana tetapi kita sendiri mahu menjadi Hitler kepada orang lain. Eloklah kalau kita buang sahaja Islamofasis seperti PAS, ulamak dan kuncu-kuncu mereka yang tidak faham erti hidup bermasyarakat. Kebebasan agama tak guna kalau kita memaksa orang mengikut suka kita sendiri.

Sumber: Farouk A. Peru

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: