Bantal 'Hantu Pocong' Ini Mungkin Teman Tidur Terbaik Anda Yang Keseorangan Di Waktu Malam

Ada berani?

Kalau satu ketika dulu pernah viral mengenai bantal lipas yang mendapat permintaan ramai seperti ini...

Kemudian, viral pula bantal cicak gedabak seperti ini...

Kini, ada sesuatu yang lebih mengujakan untuk anda peluk sewaktu dibuai mimpi iaitu bantal hantu pocong saiz manusia!

Pertama kali kami melihat gambar ini kami sangkakan ia hanyalah gambar 'teknik photoshop' tetapi ternyata tidak, bantal peluk ini ternyata memang wujud!

Untuk pengetahuan anda, bantal hantu pocong ini mempunyai ketinggian seperti manusia iaitu 165 sentimeter. Uishhh kiranya memang sesuai sangat dibawa peluk sewaktu tidur!

Ianya dijual secara online di satu laman page Facebook di Thailand, @here666 dengan harga 1,111 Baht (RM140).

Sekiranya anda berminat untuk jadikan bantal hantu pocong ini sebagai peneman tidur anda di malam hari, berita gembira buat anda - mereka turut membuat penghantaran ke Malaysia!

Jika anda fikirkan ia sudah cukup menyeramkan, sabar tunggu dulu. Lihat apa lagi yang kami jumpa dalam product catalog mereka!

Mereka turut menjual bantal hantu penanggal bagi mereka yang menginginkan teman tidur tanpa badan. :P

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya ada banyak lagi bantal-bantal pelik yang mereka jual

Dari bantal berbentuk haiwan sehinggalah berbentuk hantu, semuanya ada.

Lihat lebih banyak produk mereka di SINI dan tinggalkan mereka mesej di Facebook atau LINE @ sini666 untuk maklumat lanjut.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment