seismik

Siapa Calon Misteri Yang Bakal Dinobatkan Sebagai Presiden FAM Baru?

Buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun, jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dipegang Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah akan dicabar.

Cover image via twitter.com

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin Mengesahkan Bahawa Terdapat Tiga Calon Yang Bakal Bertanding Untuk Jawatan Presiden FAM

Pertandingan tiga penjuru untuk jawatan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dijangka bakal berlaku pada Kongres FAM ke-50 pada 25 Mei 2014, kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

bernama.com

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Image via news.abnxcess.com

Penyerahan nama calon-calon untuk Kongres Ke-50 telah ditutup. Tiga nama telah dicalonkan untuk jawatan presiden.

mstar.com.my

Nama Ketiga-Tiga Calon Tersebut Walau Bagaimanapun Tidak Didedahkan Kepada Umum

Hamidin (kanan) dan Datuk Seri Afandi Hamzah menjawab soalan wartawan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 2 April 2014.

Image via kosmo.com.my

Bagaimanapun senarai nama tiga pencalonan jawatan ini tidak didedahkan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

mstar.com.my

Khabar Angin Mengatakan Dua Calon Terbabit Adalah Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim Dan Juga Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad

Walaupun belum ada pengesahan yang kukuh mengenai pencalonan ini, Tunku Ismail dan Tengku Abdullah menjadi pilihan untuk merebut jawatan utama FAM ini.

mstar.com.my

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Image via beta.aquila-style.com

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad.

Image via news.abnxcess.com

Begitupun, Tengku Abdullah dijangka hanya berminat untuk mempertahankan kerusi Timbalan Presiden FAM jika benar ayahandanya, Sultan Ahmad Shah masih bertanding dalam Mesyuarat Kongres ke-50 bagi penggal 2014-2018.

kosmo.com.my

Untuk Makluman, Presiden FAM Masa Kini, Sultan Ahmad Shah Telah Memegang Tampuk Pemerintahan Sejak Tahun 1984

Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah.

Image via beritabolaterkini24jam.blogspot.com

Peminat Bola Sepak Malaysia Merasakan Sudah Tiba Masanya Untuk Beliau Meletak Jawatan

Penyokong bola sepak Malaysia sudah lama mahukan jawatan Presiden ditukar.

Image via bm.theantdaily.com

PFSLJ = Presiden FAM Sila Letak Jawatan

Image via twitter.com

Tweet dari Khairy Jamaluddin.

Image via twitter.com

Tahukah Anda Hashtag #PresidenFAMsilaLetakJawatan Pernah Mendapat Tempat Pertama Dalam "Malaysia Trends" Di Twitter?

You may be interested in: