seismik

TikTok Malaysia Rai Komuniti 'Content Creator' Dalam Rumah Terbuka Raya #KongsiBersama

Wah.. Khairul Aming dan Nyna Bukater menang apa tu?

Cover image via TikTok Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh TikTok Malaysia.

Sempena Hari Raya tahun ini, TikTok Malaysia tidak ketinggalan dalam meraikan komuniti pencipta kandungannya dengan menganjurkan Rumah Terbuka #KongsiBersama Raya di The Lemuni, Janda Baik yang sangat meriah dan berwarna warni!

Pada awal Ramadan yang lalu, TikTok Malaysia menjemput komuniti pencipta kandungan untuk mengekspresikan dan mempamerkan detik-detik Ramadan-Raya terbaik mereka melalui kempen ‘#KongsiBersama Ramadan & Raya Moments’.

Dari 5 hingga 24 Mac, pencipta-pencipta ini diberi peluang untuk berkongsi pandangan mereka tentang musim perayaan melalui enam kategori.

Dari enam kategori tersebut, video-video terbaik dipilih sebagai pemenang hadiah utama sebagai pengiktirafan terhadap kreativiti luar biasa mereka dalam menggambarkan semangat Ramadan dan Raya.

Image via TikTok Malaysia

Untuk pengetahuan anda, entri-entri yang menang dinilai oleh panel juri terkemuka, termasuk pengarah ternama Kabir Bhatia dan penyanyi popular Malaysia, Nabila Razali.

Setiap pemenang membawa pulang hadiah wang tunai, telefon baru realme 12+ 5G, dan peluang untuk penyertaan masa depan dalam program pencipta TikTok.

Nak tahu siapa yang dinobatkan sebagai pemenang?

Image via TikTok Malaysia

Pencipta-pencipta di bawah muncul sebagai pemenang bagi kategori-kategori di bawah #KongsiBersama:

  • #KongsiPOV : @yang
  • #KongsiCerita : @dyamohamad90
  • #KongsiSelera : @khairulaming
  • #KongsiFitCheck : @nynabukater
  • #KongsiTips : @zarul.hafiz
  • #KongsiJer : @bossjames_oe

Haa.. ada tak nama content creator kegemaran anda?

Pemenang kategori #KongsiCerita dipilih untuk bekerjasama dengan Kabir Bhatia

Image via TikTok Malaysia

Lebih menarik, pemenang yang telah dipilih oleh pengarah Kabir Bhatia dari kempen #KongsiBersama iaitu @dyamohamad90 berpeluang untuk bekerja sama mencipta dan membintangi satu filem pendek yang boleh anda saksikan di akaun TikTok Malaysia dan Dya.

Fuyoo, betul-betul pengalaman seumur hidup ni!

Selain sebuah platform yang menyajikan hiburan buat penggunanya, TikTok adalah satu ruang untuk ekspresi kreatif yang menjana kandungan yang asli dan menghiburkan. Kepelbagaian pengalaman, komuniti dan kandungan pada platform ini juga mampu mengeratkan tali silaturahim.

Ini terutamanya dapat dilihat melalui video-video yang disiarkan semasa musim perayaan, seperti Resipi Raya Ikonik 30 Hari yang ikonik oleh Khairul Aming dan Tip Mekap 30 Hari yang hebat oleh Nyna Bukater.

Image via TikTok Malaysia

Menurut Ketua Operasi dan Pemasaran TikTok Malaysia, Yin Yin Hooi, “Orang ramai tertarik kepada TikTok kerana ia adalah platform yang menghiburkan dan membangkitkan semangat yang membolehkan pencipta dan artis membina sumber pendapatan mereka sendiri.

“Melalui #KongsiBersama, TikTok memberi nafas baharu kepada hiburan melalui komuniti Malaysia yang pelbagai, berbakat dan asli, yang menyemarakkan budaya tempatan dengan kreativiti mereka. Kami berharap untuk terus meneroka dan memperkasakan bakat Malaysia, serta mentakrif semula apa itu pencipta kandungan,” tambahnya.

Jika anda ingin melihat sorotan acara dari Rumah Terbuka #KongsiBersama TikTok, layari aplikasi TikTok sekarang dan ikuti barisan pencipta kandungan tempatan yang hebat seperti Kionz Chan, Che Sayang Kitchen, Wfsufina, dan Abang Shah.

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik