seismik

Isteri & Anak Dalam Bilik Hotel Apabila Penceroboh Cuba Masuk, Lelaki Kongsi Detik Cemas

Siapa yang tak berdebar kan?

Cover image via Twitter @AimanPsikologi & Trip Advisor

Bayangkan apa perasaan saat kita sedang sibuk mencari rezeki tiba-tiba ada insiden yang menimpa orang tersayang

Mungkin itulah yang dirasakan oleh pembantu psikologi terkenal, Aiman Psikologi atau nama sebenarnya, Aiman Amri apabila dia dikejutkan dengan berita cubaan pecah masuk di bilik hotel saat isteri dan anaknya berada di dalam bilik tersebut. 

Dalam insiden yang berlaku pada 10 November 2019, dia tidak berada di dalam bilik tersebut ketika kejadian kerana sedang memberi ceramah di sebuah institusi pengajian tinggi awam di selatan tanah air. 

Aiman yang juga merupakan graduan psikologi daripada University of Nottingham turut berkongsi pengalaman yang mendebarkan itu menerusi satu bebenang di laman Twitter miliknya. 

Baca perkongsian penuh di bawah:

"Bayangkan kamu tengah memberi ceramah dan perasan mesej ini selepas 16 minit. Anak dan isteri saya ada di dalam hotel masa saya tengah memberi ceramah. 

"Hotel itu hanyalah 22 minit daripada UTM. Saya cuba telefon dia tapi tidak berjaya. Saya bagi masa tiga minit kepada penonton sementara saya cari jalan penyelesaian.

"Saya tahu tindakan ini adalah tidak profesional semasa sedang beri ceramah tapi ini berkaitan tentang keselamatan keluarga saya. 

"Alhamdulillah cubaan kali kedua berangkat dan isteri saya terangkan segalanya. Saya sangat risau," tulisnya. 

"Dipendekkan cerita, semuanya okay. Saya masih ada lagi 30 minit untuk habiskan ceramah saya tapi isteri saya banyak memberikan kata-kata semangat. Dia menyuruh saya habiskan dan kemudian kembali ke hotel. 

"Saya meneruskan ceramah dan menerangkan kepada penonton apa yang telah terjadi. Mereka berhak untuk tahu. 

"Tapi saya tak akan tipu, hati saya kosong, fikiran saya diawang-awangan, fokus saya berterabur. Saya dalam dilema sama ada untuk menghabiskan ceramah ini sekarang atau terus pulang ke hotel," tulisnya. 

"Namun bila teringatkan kata-kata isteri, saya membuat keputusan bahawa lebih adil untuk penonton sekiranya saya menghabiskan ceramah tersebut memandangkan mereka sudah memberikan masa mereka untuk datang pada malam ini. 

"Dan ceramah ini bukan di malam minggu ya, jadi mereka berhak untuk mendapat komitmen saya sepenuhnya," tulisnya.

"Selepas sesi saya tamat, saya kemaskan semua barang saya dan bersedia untuk balik selepas majlis penutup. Saya minta maaf sangat-sangat kepada mereka yang ingin berjumpa saya, mengambil foto, bertanyakan soalan dan lain-lain. Tapi saya kena balik secepat mungkin. 

"Saya tak pernah tolak permintaan orang yang nak jumpa saya selepas ceramah. Saya minta maaf lagi sekali. Terima kasih kerana memahami dan juga memberikan respon yang baik. Alhamdulillah, saya di hotel sekarang. 

"Keadaan sudah beransur tenang dan saya boleh menulis bebenang ini di Twitter," tulisnya.

Perkara pertama yang dilakukannya apabila tiba di bilik hotel adalah memeluk dan menangis di bahu isterinya

"Risaukan tentang keselamatan keluarga anda adalah satu perasaan yang berbeza. Saya berterima kasih kepada ALLAH SWT kerana tiada perkara buruk menimpa isteri saya dan anak kami yang baru lahir. 

"Sebab saya menulis perkara ini di Twitter untuk mengingatkan orang ramai supaya menggunakan selak jika anda duduk di hotel," tulisnya.

Selak ini menyelamatkan anak dan isteri Aiman.

Image via Twitter @Aimanpsikologi

"Sebab utama penceroboh itu tidak boleh masuk adalah kerana selak ini. Saya bersyukur saya sentiasa berfikir yang buruk dalam soal sekuriti. Selalu kunci atau selak pintu di hotel.

"Terus kunci pintu kereta bila saya keluar beli barang di pasar raya (isteri dan anak di dalam kereta). Kita tak tahu apa yang akan terjadi kan? Terima kasih kerana membaca dan terima kasih kerana doa-doa anda semua," tulisnya.

Susulan itu, ramai yang memuji sikap profesional Aiman dalam mengendalikan krisis serta lega tiada apa perkara buruk menimpa anak dan isterinya

Semoga perkongsian ini mengajar orang ramai supaya sentiasa berhati-hati tidak kiralah di mana pun anda berada

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel ini:

You may be interested in: