Lelaki Ini Kongsi Tips Paling Mudah Untuk Wanita Selamatkan Diri Dalam 5 Situasi Cemas
Tak kuat tidak mengapa, janji bijak!
Apabila berbicara tentang kekuatan fizikal, tidak dapat dinafikan lelaki akan sentiasa lebih daripada wanita
Memang sudah dari azali, lelaki memiliki tenaga yang lebih kuat berbanding wanita. Maka tidak hairanlah apabila banyak kegiatan jenayah yang berlaku akan berakhir dengan wanita sebagai mangsa.
Disebabkan itu golongan wanita digalakkan untuk mempelajari cara serta teknik mempertahankan diri bagi mengelak risiko diri mereka menjadi mangsa kegiatan jenayah.
Akan tetapi sekiranya belum berkesempatan untuk mempelajari seni mempertahankan diri, usah khuatir kerana baru-baru ini seorang lelaki telah berkongsikan beberapa tips yang boleh digunapakai oleh golongan wanita tatkala berdepan dengan situasi genting.
Menerusi laman Twitter, Hanafi telah mengemukakan cara golongan Hawa boleh mempersiapkan diri mereka dengan bijak sekiranya berdepan dengan 5 situasi mencemaskan ini.
1) Wanita berada dalam lif seorang diri kemudian didatangi lelaki mencurigakan
2) Wanita berada di rumah keseorangan kemudian rumah dipecah masuk
3) Berjalan seorang diri kemudian diekori lelaki dari belakang
4) Terpaksa naik pengangkutan awam seperti teksi seorang diri
5) Pemandu teksi menukar direction dari arah sebenar
Yang penting, jangan lupa untuk sentiasa berdoa memohon diri sentiasa di dalam perlindungan-Nya