Tips ‘Solo Travel’ Dari Wanita Ini Sangat Penting Untuk Percutian Yang Lebih ‘Smooth’
Tips ini terbahagi kepada 3 bahagian: sebelum travel, semasa travel dan selepas travel.
Bila bercakap tentang travel, mesti anda berfikiran akan ada partner yang bersama ketika bercuti. Yelah, jarang sekali tengok orang bercuti seorang diri lebih-lebih lagi di negara asing buat kali pertama.
Namun, bagaimana pula dengan orang yang memang sukakan aktiviti yang sangat mencabar ini? Siap berani untuk travel seorang diri. Menurut mereka, bila travel sendiri ini lebih senang untuk berjalan.
Contoh kalau anda seorang yang memang low-maintenance habis dan boleh tidur di hotel bajet sekali pun tapi dapat travel partner yang suka tidur hotel mahal, tak nak bercuti jenis backpacking, siap lambat dan sebagainya, susah tau!
Banyak tempat yang perlu anda terokai ketika bercuti. Maklumlah, untuk ke luar negara bukannya semudah yang disangka. Banyak prosedur yang perlu ditempuhi, banyak wang yang perlu disimpan dan preparation yang betul untuk sampai ke negara yang dipilih.
Itinerari juga perlu lengkap ya!
Seorang wanita di laman Twitter telah berkongsi tips yang sangat berguna untuk anda yang mungkin suka atau ingin mencuba untuk travel secara 'solo'.
Baca perkongsian penuh di bawah:
SEBELUM TRAVEL:
Bawa pakaian yang sesuai dengan cuaca negara yang dituju. Bajet pun penting untuk anda tahu berapa yang akan digunakan nanti. Jangan overspend!
Kalau anda jenis yang suka update media sosial semasa bercuti, bolehlah beli sim kad, lebih murah dan berbaloi. Kalau nak roaming pun boleh cuma mahal sikitlah.
Jika anda travel seorang diri, pastikan ada kawan di negara itu untuk bawa anda explore semua tempat. Jangan pergi seorang, bahaya!
SEMASA TRAVEL:
Jaga barangan milik anda jika anda berkongsi bilik dengan orang yang tak dikenali. Beritahu semua keluarga dan rakan di mana lokasi anda supaya jika ada emergency, mereka tahu apa yang perlu dilakukan.
SELEPAS TRAVEL:
Biarkan badan anda berehat buat sementara waktu selepas pulang dari bercuti. Anda mungkin akan demam atau kepenatan. Namun, ianya adalah normal.