13 'Travel Destinations' Yang Semakin Trending Dan Mula Diserbu Oleh Pelancong Malaysia
Serius, makin ramai orang Malaysia pergi ke tempat-tempat ni.
Korang perasan tak, ada beberapa tempat yang makin lama makin famous, makin jadi sebutan, dan makin ramai orang kita pergi?
Dah macam jadi trend pun ada juga. Bila lokasi-lokasi ni mula popular, berkejar-kejar orang kita pergi untuk rasai sendiri pengalaman travel ke situ. Mana boleh kalah dengan kawan-kawan lain. Lol.
Korang tak perasan ke? Meh sini kami senaraikan 13 tempat yang sekarang ni makin trending dikalangan travelers Malaysia:
1. Yogyakarta - Indonesia
Ini antara lokasi popular yang paling obvious. Kalau scroll kat dalam travel group di Facebook, setiap minggu mesti akan ada orang update pasal pergi Yogyakarta (atau Jogjakarta) bersama teman-teman. Boleh kata, itinerari untuk je Jogja ni memang dah bersepah. Tinggal nak search dan pergi je.
Tapi serius, Jogja ada banyak gila tempat yang lawa-lawa dan spectacular! Sebab tu ramai orang pergi.
2. Nusa Penida, Bali - Indonesia
Bila dah ramai sangat orang pergi Bali, apa kata lajakkan sikit langkah tu ke sebuah pulau kecil betul-betul bersebalahan dengan main land yang diberi nama Nusa Penida. Tak pernah dengar? Tak apa. Boleh tengok dulu gambar-gambar and be amazed! Confirm akan rasa nak pergi terus secepat mungkin.
Nusa Penida memang penuh dengan keajaiban alam yang memukau mata memandang!
3. Kashmir - India
Daripada tak dikenali, nama Kashmir tiba-tiba mencanak naik sejak tahun lepas dari segi populariti di kalangan pelancong Malaysia. Kami percaya, tempat ini mula famous sedikit sebanyak kerana filem Bajrangi Bhaijaan yang menampilkan aktor kacak, Salman Khan.
Siapa yang dah pergi, sure rasa nak repeat lagi. Betul tak? ;)
4. Pulau Jeju - Korea Selatan
Sebelum ni, jarang sekali kita dengar orang Malaysia pergi Jeju. Kalau ada pun dalam bilangan yang sangat sedikit. Tapi sejak AirAsia dah perkenalkan direct flight ke Jeju, berduyun-duyun orang Malaysia mula pergi sana. Perasan tak?
Kalau nak tahu, Jeju dinobat sebagai salah satu '7 Wonders of Nature' pada tahun 2011 melalui satu undian yang disertai oleh lebih 500 juta orang dari seluruh dunia.
5. Khao Yai - Thailand
Tempat ini juga mula trending sejak 2017 dan pastinya akan jadi destinasi hot untuk tahun ini. Terletak hanya 3 jam dari Bangkok, Khao Yai menyajikan pengalaman unik untuk para pelancong dengan keindahan alam semula jadi seperti air terjun, kebun bunga matahari, dan juga rumah Hobbit!
Orang kata, bila pergi Khao Yai ni, terus rasa macam ada kat Eropah. Tak macam Thailand langsung!
6. Flores dan Komodo - Indonesia
Pernah merasa tidur atas bot? Kalau tak pernah, memang inilah destinasi yang korang kena pergi. Pengalaman 'Komodo Sailing' pastinya sesuatu yang tak boleh dilepaskan. Nak sembang pasal dia punya tarikan macam banyak sangat lah pulak. Senang kata, Flores dan Komodo ni memang sangat awesome dan rugi kalau tak pergi.
Sama seperti Jeju, Komodo juga tersenarai dalam '7 Wonders of Nature'. Apa tunggu lagi?
7. Cebu - Filipina
Sebut je Cebu, mesti akan terbayang whale shark. Mana tidaknya, berenang bersama ikan besar comel ni merupakan aktiviti paling utama yang orang kena buat bila datang Cebu. Siapa tak berani memang rugilah jawabnya. Ada banyak lagi tempat yang cantik di Cebu seperti Kawasan Falls, Osmena Peak, Tumalog Falls, dan macam-macam lagi.
Cebu memang sangat sesuai untuk kaki outdoor yang sukakan adventure.
8. Pulau Weh, Banda Aceh - Indonesia
Pulau yang tidak dikenali pada suatu ketika dulu kini dipenuhi dengan lambakan pelancong Malaysia. Ramai yang terkejut dan tak sangka ada sebuah pulau yang lawa gila di Aceh. Dari pemandangan atas darat sehinggalah ke bawah laut, Pulau Weh memang kaya dengan keindahan yang menakjubkan.
Dah lah lawa, murah pulak tu. Manalah tak ramai. Moh kita ke Aceh!
9. Kepulauan Mabul, Sabah - Malaysia
"Bohey Dulang? Kat mana tu?"
Bagi kami, soalan ni macam dah tak legit lagi untuk ditanya. Para travelers mesti dah tahu tentang kewujudan dan kecantikan yang ada di sini. Macam-macam pulau ada, semua pun cantik-cantik belaka, korang pilih jelah nak pergi mana. Mesti rasa puas hati dan tak nak balik. Serius.
Why go to Maldives when we have Sabah? Inilah masanya untuk kita mengangkat nama kepulauan Mabul ke mata dunia!
10. Maldives
Panjang umur Maldives, baru je sebut tadi. Kemunculan guest houses yang tumbuh macam cendawan sedikit sebanyak memberi peluang untuk orang kita travel ke Maldives cara bajet. Sebelum ni ada resort terapung yang mahal-mahal tu je. Paling murah bolehlah dapat dalam RM3,000 satu malam.
Maldives ni ada terlalu banyak pulau. Pergi jelah mana-mana pun sebab semuanya cantik sangat-sangat tahap subhanAllah.
11. Koh Lipe - Thailand
Kalau tadi Maldives, kali ni kami nak cakap pasal 'Maldives of Thailand' pulak iaitu Koh Lipe. Sepanjang penubuhan TSG sejak 2015, trip kami ke Koh Lipe adalah antara yang paling best sekali. Pulau kecil ni memang cantik gila, sesuai sangat mendapat jolokan Maldives tu. Makan pun sedap dan tak berapa mahal, cuma banyak anjing je. Hehe.
Kalau korang nak tahu, saiz Koh Lipe adalah 55 kali ganda lebih kecil daripada Langkawi.
12. Royal Belum Rainforest Resort, Perak - Malaysia
Terkenal dengan house boat dan kehijauan yang menenangkan, nama Royal Belum Rainforest Resort semakin meniti di bibir para travelers, terutamanya rakyat tempatan. Tempat ini sangat sesuai dan popular untuk aktiviti team building dan aktiviti lasak lain seperti hiking, night trekking, dan lain-lain. Makin lama makin bertambah attractions di negeri Perak ya.
Kalau tak ada bajet untuk tidur situ, boleh jugak buat daytrip dengan kawan-kawan.
13. Star Cruise
Yang ini bukan destinasi, tapi lebih kepada cara travel masa kini yang semakin popular. Apa yang kami perasan, sekarang ni makin ramai orang share pengalaman naik cruise. Ada yang naik dari Penang ke Phuket, ada jugak yang naik dari KL. Seronok juga ya, sambil travel sambil bersantai atas kapal untuk 3 atau 4 hari.
Harga pun boleh tahan berpatutan. Paling best, semua benda free (kebanyakannya) kat atas kapal tu once kita bayar dan naik.
Ada lagi ke yang kami miss?
Kalau ada, tolong komen dan beritahu kami ya. Apa-apa pun, selamat melancong!
Follow kami di Instagram @tsgkasijadi untuk lebih banyak adventure dan gambar-gambar yang WOW!
TSG #KasiJadi adalah sekumpulan sahabat yang tak henti-henti berkeliaran. Mana kami mahu pergi, kami kasi jadi!