seismik

"Tuhan You Gagal Sembuhkan Adib" - Tinggalkan Komen Hina Agama, Pekerja Honda Digantung

Tolonglah jangan jadi 'keyboard warrior'.

Cover image via Facebook

Pemergian Muhammad Adib begitu dirasai oleh rakyat Malaysia. Masing-masing bersedih dengan nasib malang yang menimpa diri mangsa yang terkorban kerana dibelasah.

Pada pagi 27 November lalu, Adib parah selepas dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya.

Dia kemudian dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Subang Jaya di bawah pengawasan lima orang doktor pakar kerana mengalami patah tulang rusuk.

Setelah 3 minggu bertarung nyawa di hospital, Adib sah meninggal dunia pada malam tadi 17 Disember 2018.

Dalam pada ramai yang bersedih, masih ada golongan yang bersikap tidak hormat dan langsung tidak menjaga sensitiviti

Pada jam 1.10 awal pagi tadi, seorang wanita didapati meninggalkan komen yang amat biadap tentang kematian Adib. Komen tersebut pada masa yang sama berbaur penghinaan terhadap agama Islam.

Berdasarkan satu screenshot yang telah tersebar, wanita terbabit mengaitkan kematian Adib dengan kegagalan Tuhan untuk menyelamatkannya.

Wanita itu menulis:

"Bukan kerajaan gagal, Tuhan you yang gagal, tak sembuhkan Adib."

Image via imgur.com

Rata-rata netizen berasa marah dan menyelar kebiadapan wanita terbabit. Mereka percaya tragedi malang yang menimpa Adib tidak sepatutnya dikaitkan dengan agama.

Image via Facebook

Hasil galian netizen mendapati bahawa wanita tersebut merupakan seorang kakitangan Honda cawangan Sri Utama, Setapak

Image via Facebook

Sejak daripada itu, Honda Malaysia dan Honda Sri Utama tampil memberi penjelasan dan membuat keputusan untuk menggantung wanita berkenaan serta-merta

Honda menegaskan bahawa pihak mereka sentiasa menghormati setiap individu dan tingkah laku sedemikian bertentangan dengan nilai yang diterap dalam syarikat.

Pihak Honda juga akan menyiasat secara mendalam dan memandang serius terhadap isu ini.

Sesetengah netizen turut bertindak melaporkan perkara ini kepada pihak polis dan juga kepada badan induk Honda di Jepun untuk penyiasatan lanjut

Image via Facebook
Image via Facebook

Pengajarannya, berhati-hatilah ketika meninggalkan komen di media sosial. Tersilap langkah buruk padahnya.

Image via giphy.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Rakyat Malaysia bersatu menuntut keadilan atas pemergian Adib:

You may be interested in: