seismik

Anggota Bomba Dibelasah Dalam Rusuhan Kuil Alami Patah Tulang Rusuk Dan Kini Kritikal

Beliau baru berusia 24 tahun.

Cover image via Facebook

Anggota Bomba yang diserang di Kuil Maha Mariamman di USJ25 pagi tadi kini kritikal

Image via Facebook

Muhammad Adib Mohd Kassim kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Subang Jaya di bawah pengawasan lima orang doktor pakar.

Dalam kejadian jam 1 pagi tadi, Adib yang ke lokasi bagi memadam kebakaran kereta di luar Kuil Maha Mariamman bersama pasukannya telah cedera diserang perusuh.

Mangsa yang berusia 24 tahun duduk di bahagian penumpang hadapan unit EMRS sebelum ditarik keluar oleh kumpulan perusuh dan dipukul.

Image via Facebook
Image via Facebook

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata mangsa mengalami lebam teruk di bahagian dada dan patah tulang rusuk

“Setakat ini, Adib bergantung kepada sistem sokongan hayat, keadaannya masih pada tahap kritikal, hampir keseluruhan badannya terutama bahagian dadanya dipenuhi lebam.

“Sejak dikejarkan ke hospital oleh orang awam, keadaannya masih sama sehingga semasa saya menziarahinya tadi, bacaan tekanan darahnya pula kekal berada dalam paras rendah.

“Dia mengalami kesukaran bernafas akibat tulang rusuknya yang patah menjejaskan fungsi paru-parunya,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Image via utusan.com.my

Zuraida berkata, pihaknya akan menawarkan sokongan kepada mangsa dan keluarganya dari Kedah yang turut sudah berada di hospital

“Saya cukup kesal dan dukacita dengan kejadian ini, saya bertemu dan menenangkan ahli keluarga, mereka sangat sedih dan trauma, kita sama-sama doakan yang baik-baik untuk mereka.

“Ini adalah hari yang sedih untuk kita, anggota bomba ini menawarkan perkhidmatan mereka untuk apa sahaja kecemasan, kenapa buat begini kepada anggota bomba.

“Saya minta dan berharap jangan berulang lagi episod gelap, jadilah orang yang lebih bertamadun dan jangan ulanginya,” katanya.

Image via Facebook

Serangan berkenaan turut menyebabkan dua jentera bomba iaitu satu unit van EMRS dan jentera pemadam (FRT) dirosakkan kumpulan perusuh dianggarkan seramai 1,000 orang

Image via Facebook
Image via Facebook

Dalam pada itu, 17 individu telah ditahan bagi membantu siasatan.

Insiden pergaduhan di Kuil Maha Mariamman ini telah mengakibatkan 18 kenderaan dibakar dan sebuah MPV polis dibaling batu.

Di samping itu, kumpulan perusuh terbabit turut bertindak memecahkan pintu dan dinding cermin bangunan One City.

Image via Facebook

Saksikan video di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga kisah menyayat hati 6 anggota bomba mati lemas dalam misi menyelamatkan seorang remaja:

You may be interested in: