seismik

Tun M: "Menteri Yang Tidak Memuaskan Akan Digugurkan"

Katanya, urusan melantik menteri-menteri Kabinet bukanlah satu tugas mudah dan pasti akan mendapat kritikan.

Cover image via Malaysian Update

Perdana Menteri mengatakan tidak ada Kabinet yang sempurna, namun mereka yang tidak melaksanakan tugas dengan baik akan diganti

“Memang tidak ada ‘perfect Cabinet’. Sentiasa ada saja cacat celanya. Kita pilih macam mana pun ada orang tak puas hati. Yang saya pilih ni pun saya tahu ramai yang tak puas hati. Tapi nak ‘satisfy everybody’ (puaskan hati setiap orang) pun tak mungkin.

“Jadi kita akan cuba. Kalau (prestasi) tidak ‘satisfactory’ (memuaskan), kita kena gugur dan kita pilih lain. Tetapi kita kena bagi peluang supaya ramai orang baharu masuk (menyandang jawatan dalam Kabinet) dan wanita pula, tuntutan mereka kita kena ambil kira. Jadi, tak mudah mengisi jawatan Kabinet,” katanya.

Tun Mahathir bersama KDYMM Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V

Image via Astro Awani

Beliau bercakap kepada wartawan selepas upacara mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia 13 menteri Kabinet di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara, semalam, 21 Mei.

Menurut Tun M lagi, jumlah akhir menteri Kabinet mungkin akan mencecah 28 orang setelah ditambah wakil dari Sabah dan Sarawak

Namun begitu, mesyuarat Kabinet tetap akan diadakan walaupun masih ada jawatan menteri yang belum diisi.

Diminta mengulas mengenai kritikan sesetengah pihak terhadap pemilihan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan, Dr Mahathir berkata, “Dia seorang professor, seorang intelektual, dan seorang lulusan bidang agama tetapi bahasa Inggerisnya baik.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik

Image via Blog Saidila

"Kita kalau pilih yang lama saja ataupun yang ada 'connection' saja pun tak boleh juga. Kita kena bagi kat orang lain... kita cuba.

"Tapi ramai daripada menteri yang kita pilih tidak ada pengalaman. Jadi kita kena ada bantuan daripada pakar," tambahnya lagi.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS SEISMIK:

You may be interested in: