seismik

Najib: "Khairy Sepatutnya Bersuara Lebih Awal"

DS Najib merasakan pemimpin UMNO sepatutnya mengadakan perbincangan secara tertutup, dan bukan terbuka.

Cover image via SCMP

Bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak mendakwa selama ini beliau mengamalkan sikap terbuka dan semua pihak bebas untuk menyuarakan ulasan atau pandangan, meskipun berbeza darinya

Image via Roket Kini

"Saya agak terbuka mengenai perkara ini, cuma saya mahu ia dilakukan secara tertutup, kerana kita tidak sepatutnya menyerang sesama sendiri sebagai anggota dalam kerajaan," katanya mengikut laporan Berita Harian.

DS Najib mengulas perkara ini berikutan temubual yang dilakukan antara Channel News Asia dengan Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ.

Dalam temubual tersebut, KJ berkata punca kekalahan gabungan BN dalam PRU14 adalah disebabkan kegagalan parti untuk menyatakan kebenaran bagi melindungi Najib, berhubung isu skandal rasuah berbilion wang dalam 1MDB.
 

DS Najib yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan itu berkata perkara ini boleh dibawa berbincang asalkan menggunakan saluran dan kaedah yang betul

Image via MalaysiaKini

"Hakikatnya, Khairy boleh datang berjumpa saya dan memberitahu, kita tidak berada di landasan yang betul atau berdepan masalah yang tidak ditangani sewajarnya.

"Dari situ, saya boleh buat keputusan sama ada mahu menerima atau menolaknya. Namun itu tidak berlaku, beliau (Khairy) sendiri mengakui tidak berbuat demikian," tegasnya lagi.

Perdana Menteri ke-6 itu mendakwa, beliau tidak pernah memaksa ahli BN mengikut kehendaknya, bahkan menekankan keperluan mematuhi disiplin parti

"Sekiranya anda menyerang kepemimpinan secara terbuka, itu bertentangan dengan disiplin parti, tetapi sekiranya awak datang bersemuka sambil memberitahu tidak bersetuju dengan saya, itu tidak salah. Saya rasa ia sepatutnya dilakukan sedemikian," tambahnya lagi.

Hal ini berhubung DS Najib yang dikatakan menyingkirkan bekas Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kemudian Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal dari kabinet selepas kedua-dua pemimpin itu mengkritik beliau mengenai 1MDB secara terbuka.

Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri), Datuk Seri Shafie Apdal (kanan)

Image via OhBulan / Berita Harian

Muhyiddin dan Shafie kemudiannya menubuhkan parti masing-masing, sebelum bergabung dengan Perdana Menteri terkini, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menumbangkan BN dalam PRU14 menerusi parti Pakatan Harapan (PH).

"Saya hanya mengutamakan disiplin parti. Mereka yang diambil tindakan selama ini adalah disebabkan kesalahan melanggar disiplin parti," akhiri beliau.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS SEISMIK:

You may be interested in: