seismik

Rumah Najib Digeledah - Polis Rampas 284 Kotak Beg Tangan Berjenama, 72 Beg Berisi Wang

Pihak polis juga turut merampas barang kemas yang nilainya agak besar.

Cover image via Berita Harian

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, telah menjalankan pemeriksaan ke atas tiga unit kediaman mewah peribadi milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pavilion Residences, di Bukit Bintang

Image via Berita Harian

Malam tadi, 17 Mei, polis menyerbu tiga kondominium mewah yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Najib Razak dan mengangkut lambakan bungkusan besar yang terdiri daripada barang berharga termasuk beg tangan berjenama.

Image via Straits Times

Serbuan itu menyaksikan anggota polis memunggah kotak barang-barang berharga ke dalam troli dan mengangkut masuk ke lima trak ‘Black Maria’ yang menunggu di luar premis tersebut

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh The Star Online, serbuan itu bermula pada jam 7pm, 17 Mei dan kesemua trak dikatakan telah meninggalkan premis tersebut pada jam 2.15am hari ini, 18 Mei.

Image via Malaysiakini
Image via Malaysiakini

Malaysiakini melaporkan bahawa secara keseluruhan, 284 kotak beg tangan berjenama dan 72 beg berisi wang tunai dan barang kemas telah disita

Pengarah Penyiasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Persekutuan (JSJ), Datuk Seri Amar Singh berkata barangan itu disita berkaitan siasatan berterusan ke atas skandal 1MDB.

"Terdapat 72 beg bagasi yang dipenuhi barangan termasuk barang kemas, barang berharga lain dan beg berisi wang tunai pelbagai denominasi," katanya seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Amar mengesahkan bahawa beg yang disita termasuk beg Hermès Birkin. Ketika ditanya mengenai nilai barang, beliau tidak dapat memberikan kiraan nilai sebenar kerana pengiraan masih belum dibuat oleh pihak polis.

"Kami telah merampas kesemua beg tersebut, kami tahu mereka mempunyai wang tunai, perhiasan dan beberapa nilai wang tunai yang saya tidak boleh jelaskan, akan tetapi bilangannya agak besar," katanya kepada wartawan Malaysiakini.

Apabila ditanya mengenai pemilik unit tersebut, Amar enggan mengulas lanjut, hanya mendedahkan bahawa ianya adalah milik "Tan Sri".

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS SEISMIK:

You may be interested in: