seismik

Tun Mahathir Yakin Malaysia Mempunyai 'Revenue' Yang Cukup Untuk Hapus GST

Menurut beliau, "Dana negara juga telah disalahgunakan."

Cover image via Reuters

Kerajaan baru sedang berusaha untuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa negara mempunyai wang yang cukup untuk menghapus cukai tinggi tersebut

Image via theSundaily

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bernama, Tun M ketika ditemui berkata, "Kekurangan dana dalam kerajaan bukan kerana pendapatan yang tidak mencukupi, pendapatan semasa (kebangsaan) adalah tiga kali lebih tinggi daripada ketika saya masih memegang jawatan sebagai perdana menteri yang ke-4 sebelum ini.

"Bagaimanapun, dana negara juga telah disalahgunakan oleh bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebab itu negara mempunyai wang yang sedikit," ujar Tun.

Dr Mahathir percaya dengan pengurusan kewangan yang baik, negara akan mempunyai wang yang mencukupi untuk menghapuskan cukai tersebut.

Dalam usaha untuk membersihkan kekacauan yang terjadi, Tun M juga mengatakan bahawa tiada individu atau parti politik boleh menerima sumbangan melainkan ahli Kabinet menyedari dan meluluskannya

"Bukan sahaja kerana wang, namun kita tahu sesetengah orang mempunyai kecenderungan untuk menawarkan hadiah. Hadiah yang boleh diberikan untuk kakitangan kerajaan adalah terhad kepada makanan dan bunga, bukan sebarang nilai lain," kata Dr Mahathir menurut Malay Mail Online.

"Kita tidak akan 'membalas dendam', usaha ini hanya untuk membersihkan kerajaan kita sekali lagi, kerana ianya kotor selama beberapa tahun hingga ke tahap di mana rakyat tidak lagi percaya kepada kerajaan," tambah beliau.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS SEISMIK:

You may be interested in: