seismik

Datuk Seri Najib Razak Letak Jawatan Sebagai Presiden UMNO Dan Pengerusi Barisan Nasional

Pengumuman ini dilakukan dalam satu sidang media tergempar.

Cover image via BERNAMA

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO selepas kekalahan parti tersebut dalam #PRU14

Dalam suasana hiba, bekas Perdana Menteri itu mengumumkan perletakkan jawatan tersebut atas dasar kemanusiaan dan keadilan.

Beliau juga mengumumkan bahawa Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mengambil jawatan itu sebagai penggantinya.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula akan menjadi timbalan bagi kedua-dua jawatan tersebut. 

Walaupun begitu, beliau juga menyatakan bahawa beliau tidak akan meninggalkan parti tersebut.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi berita menarik dari SEISMIK:

You may be interested in: