seismik

Tweet 'Hitler' Bung Moktar Undang Kontroversi. Apa Yang Cuba Disampaikan?

"WELL DONE..BRAVO...LONG LIVE HITLER..."

Cover image via imgur.com

[TERKINI] Najib Menegur Bung Moktar Di Twitter Dan Bung Minta Maaf

Bung Moktar mohon maaf atas tweet 'Hitler' yang mencetus kontroversi.

Image via imgur.com
Image via imgur.com

Selepas ditegur oleh perdana menteri dalam satu kenyataan bertulis, Datuk Bung Moktar Radin akhirnya memohon maaf atas tweet beliau yang telah menimbulkan kontroversi berkaitan kemenangan Jerman menewaskan Brazil dalam separuh akhir World Cup.

informasi.my

Sebelum Itu, Datuk Seri Najib Tun Razak Menegur Perbuatan Bung Moktar Tempoh Hari Menerusi Laman Twitter Beliau

Perdana menteri hari ini mengkritik Bung Moktar Radin ekoran pujiannya terhadap Adolf Hitler selepas kejayaan bergaya Jerman menumpaskan Brazil 7-1 dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia.

malaysiakini.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com

“Ketika ini sepatutnya menjadi masa untuk meraikan kemenangan Jerman dan kita mengucapkan yang terbaik pada perlawanan akhir nanti,” kata Najib.

bharian.com.my

Kenyataan Bung Moktar Turut Mendapat Perhatian Duta Jerman Ke Malaysia, H.E Holger Michael. Menurutnya, Tindakan Bung Moktar Mengaitkan Hitler Dengan Kemenangan Jerman Tersebut Tidak Boleh Diterima.

Duta Jerman ke Malaysia, H.E Holger Michael mengatakan kenyataan "long live Hitler" sebagai tidak boleh diterima.

Image via thedailystar.net

Duta Jerman ke Malaysia, H.E Holger Michael mengatakan kenyataan "long live Hitler" daripada Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin sempena kemenangan pasukan bola sepak pasukan Jerman dalam persaingan separuh akhir menentang Brazil malam tadi sebagai tidak boleh diterima.

themalaysianinsider.com

Duta Jerman itu bagaimanapun mengalu-alukan sokongan yang diberikan Bung Mokhtar kepada pasukan bola sepak Jerman dengan berkata "Kami mengalu-alukan sokongan kepada pasukan Jerman tetapi kami menolak menyamakannya dengan rejim Adolf Hitler," kata Michael.

themalaysianinsider.com

Ketua DAP, Lim Guan Eng Menegaskan Bahawa Komen Bung Moktar Itu Bukanlah Satu Pujian Tetapi Sesuatu Yang Menjatuhkan Maruah Rakyat Jerman

Ketua DAP, Lim Guan Eng.

Image via bloomberg.com

“Bung Moktar should know that if he was to say this in Germany, he could go to prison for supporting Nazism."

themalaymailonline.com

“I hope the Prime Minister Datuk Seri Najib Razak would come out and disassociate from Nazism and scold Bung Moktar for his insensitive remark or else this may drive away foreign investors, especially from Germany,” Lim said.

themalaymailonline.com

Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming Menggesa Perdana Menteri Mengarahkan Bung Moktar Supaya Meminta Maaf Demi Menjaga Imej Parlimen Malaysia Dan UMNO

Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming.

Image via roketkini.com

Beliau juga menggesa Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Ahli Parlimen Kinabatangan itu yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO supaya letak jawatan wakil rakyat dan parti.

kualalumpurpost.net

“Banyak ahli politik di negara demokrasi yang letak jawatan kerana membuat kenyataan berbaur perkauman dan taksub. Oleh sebab Bung tidak mungkin akan minta maaf atau letak jawatan berhubung kenyataannya itu, saya seru PM Najib supaya minta Ahli Parlimen Kinabatangan itu minta maaf secara terbuka kerana tweetnya dan kerana mempertahankan tweetnya serta meminta beliau letak jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ahli Parlimen Kinabatangan,” katanya

kualalumpurpost.net

Profesor P. Ramasamy Pula Menyifatkan Bung Moktar Sebagai Seorang Yang Terkenal Dengan Jenaka Yang Berunsur Perkauman, Seksis Dan Tidak Menjaga Sensitiviti Rakyat

Profesor P. Ramasamy meyifatkan Bung Moktar sebagai seorang yang terkenal dengan jenaka yang berunsur perkauman, seksis dan tidak menjaga sensitiviti rakyat.

Image via blogspot.com

Bercakap kepada pemberita di George Town, Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Prof P Ramasamy berkata Bung Moktar terkenal sebagai ahli Parlimen yang membuat jenaka berunsur perkauman, seksis dan kenyataan tidak sepatutnya.

themalaysianinsider.com

"Itu jenaka India, India minum todi...(dan) datang daripada ahli Parlimen seperti (Datuk) Bung Mokhtar Radin. Itu tidak mengejutkan," kata Ramasamy.

yahoo.com

9 Julai: Kekalahan Memalukan Brazil Di Tangan Jerman Menjadi Bualan Hangat Para Netizen Di Laman Sosial. Namun Begitu, Tweet Daripada Bung Moktar Mungkin Antara Yang Paling Mendapat Perhatian.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin mencetuskan kontroversi apabila mengaitkan pasukan Jerman yang membelasah Brazil 7-1 dalam perlawanan separuh akhir bolasepak Piala Dunia 2014 awal pagi tadi dengan Adolf Hitler.

astroawani.com
Image via imgur.com

Tidak lama selepas Jerman memalukan pasukan tuan rumah itu yang bermain di hadapan puluhan ribu penontonnya sendiri, Bung Mokhtar menulis "Well done..Bravo...Long Live Hitler..." di akaun Twitternya.

astroawani.com

Tweet Tersebut Mendapat Reaksi Negatif Daripada Ramai Pihak. Bung Moktar Bagaimanapun Menyelar Setiap Orang Yang Mengkritiknya Di Laman Twitter.

Tweet Bung tersebar meluas menyebabkan warga sosial mengutuk tindakan Ahli Parlimen Kinabatangan dan beliau didakwa 'tidak sensitif dan tidak berakal'.

mstar.com.my
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com

Rata-Rata Pengguna Twitter Lain Turut Meluahkan Rasa Kurang Senang Mereka Terhadap Kenyataan Bung Moktar Berkenaan Yang Dikatakan Telah Mempamer Tahap Pemikiran Beliau

Memang bukan satu kesalahan untuk menyatakan pemikiran atau pendapat. Malah, laman sosial sememangnya dicipta sebagai salah satu medium untuk berbuat demikian. Yang menjadi isu di sini ialah apabila seorang ahli Parlimen, ahli politik yang berkhidmat untuk rakyat mengeluarkan satu kenyataan yang bagaikan kontra dengan prinsip ‘berbakti kepada masyarakat’.

mylaunchpad.com.my
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com

Paling Menarik, Bung Moktar Langsung Tidak Kisah Dengan Persepsi Negatif Yang Diterimanya Dan Hanya Menganggap Orang Ramai Menghentamnya Hanya Kerana Dia Bung Moktar

Yang menariknya, Bung langsung tidak kisah apabila dikritik pengikutnya yang merasakan kenyataan tersebut tidak sensitif dan menggambarkan ketidak-matangan beliau sebagai seorang ahli politik.

mylaunchpad.com.my
Image via thestar.com.my

"Saya tidak tahu apa yang salah dengan masyarakat seperti ini. Hitler adalah sebahagian daripada sejarah pasukan Jerman untuk bangkit dan menang besar seperti beliau."

mstar.com.my

"Saya fikir masyarakat hari ini perlu menukar tahap pemikiran mereka. Apa juga yang saya 'tweet' mereka akan menghentam saya. Mereka tidak hanya menghentam saya kerana Hitler, tapi hanya kerana saya Bung Mokhtar," katanya.

mstar.com.my

Siapakah Hitler Atau Nama Sebenarnya Adolf Hitler?

Image via webzeest.com

Adolf Hitler (20 April 1889 - 30 April 1945) adalah seorang tokoh politik di Jerman antara akhir 1920-an dan 1940-an. Beliau terlibat dalam Perang Dunia I tetapi memain peranan penting dalam Perang Dunia II.

wikipedia.org

Beliau merupakan pemimpin Nazi Jerman sejak 1933 hingga 1945, beliau merupakan individu yang bertanggungjawab dalam perang yang menghancurkan jutaan pengikut Yahudi.

mstar.com.my

Cerita Kontroversi Lain Di SAYS:

You may be interested in: