seismik

Ulama Mesir Benarkan Lelaki Intai Wanita Mandi Asalkan Dengan Niat Yang Suci

Keluar pula fatwa terbaru dan terkini daripada seorang ulama Mesir yang menghalalkan lelaki mengintai wanita mandi.

Cover image via brucemctague.com

Masyarakat Islam Sedunia Dikejutkan Dengan Satu Fatwa Yang Dikeluarkan Oleh Seorang Ulama Dari Mesir Yang Menghalalkan Lelaki Untuk Mengintai Wanita Di Bilik Mandi

Seorang ‘ulama’ Mesir mengeluarkan fatwa menghalalkan lelaki mengintai wanita di bilik mandi.

mstar.com.my

Menurut Ulama Itu, Usamah Al-Qawsi, Perbuatan Mengintai Wanita Mandi Dibolehkan Sekiranya Lelaki Benar-Benar Jujur Dan Mahu Menikahi Wanita Tersebut

Ulama Mesir, Usamah Al-Qawsi.

Image via solopos.com

Dalam kenyataannya di stesen televisyen al-Arabiya, Usamah Al-Qawsi berkata, jika seseorang lelaki benar-benar jujur dan mahu menikahi wanita terbabit, mereka boleh menyorok dan mengintai bakal isteri itu secara diam-diam.

mstar.com.my

“Perbuatan itu boleh diterima, asalkan niatnya baik dan jujur,” katanya.

informasi.my

Beliau Menguatkan 'Fatwa' Berkenaan Dengan Menjelaskan Ia Diambil Berdasarkan Sabda Rasulullah Kepada Seorang Sahabat

‘Fatwa’ Usamah itu kononnya dibuat berdasarkan kisah seorang sahabat Rasulullah.

mstar.com.my

Jelas Usama, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, jika seseorang lelaki dapat melihat sesuatu yang akan membuatnya mahu menikahi seseorang perempuan, ia dibenarkan.

therakyatpost.com

Namun Begitu, Pendapat Itu Segera Dikritik Dan Dikecam Oleh Menteri Agama Mesir, Mohammad Mukhtar Yang Menyifatkannya Tidak Masuk Akal

Menteri Agama Mesir, Mohammad Mukhtar.

Image via dakwatuna.com

Bagaimanapun, pendapat itu segera dikritik dan dikecam ulama lain serta kerajaan Mesir yang menyifatkannya tidak masuk akal.

informasi.my

Menteri Agama Mesir, Mohammad Mukhtar, berkata pandangan Usama sangat tidak boleh diterima, walaupun dia berniat menikahi wanita berkenaan.

therakyatpost.com

“Di Mana Kemuliaan Dan Kewarasan Usamah Membenarkan Amalan Mengintai Wanita Di Bilik Mandi?” Kata Mohammad Mukhtar

“Adakah anda membenarkan ini berlaku kepada anak anda? Mungkin ia adalah OK dengan anda, tetapi bagaimana dengan masyarakat Islam dan Kristian konservatif yang bertamadun?"

therakyatpost.com

“Islam mengajar bahawa kesopanan seharusnya ada dalam sifat kita dan semua agama bersetuju,” jelasnya.

informasi.my

Selain Itu, Agama Islam Juga Melarang Wanita Menunjukkan Aurat Kepada Lelaki Kecuali Untuk Suami Dan Mahram

Image via blogspot.com

Mukhtar berkata, Islam melarang seseorang wanita menunjukkan aurat masing-masing kecuali untuk suami dan mahram. Lelaki juga diharamkan melihat aurat wanita.

mstar.com.my

"Islam mengajar supaya umatnya bersopan. Jika fatwa Usamah diterima, apakah akan berlaku kepada anak-anak anda semua?” tambahnya lagi.

informasi.my

JUGA DI SAYS: Benarkah Umat Islam Diharamkan Guna Ucapan "Rest In Peace (RIP)"?

You may be interested in: