seismik

“Saya Buat Begitu Sebab Terlalu Kecewa. Saya Mahu Menangis" - Uncle 'Dey' Ulas Video Viral

Beliau yakin ini bukan masalah perkauman.

Cover image via Helmy Dato Musa / Facebook

Baru-baru ini telah viral sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki melaungkan 'dey' semasa kejadian rusuhan kuil di USJ25

Perbuatan menjelir lidah dalam video ini dikatakan simbolik kekecewaan terhadap rusuhan yang tercetus di Kuil Maha Mariamman.

Lihat video di bawah:

Posted by Helmy Dato Musa on Tuesday, November 27, 2018

Sejak daripada itu, ramai netizen bertindak melakukan parodi dengan masing-masing melaungkan 'dey' sehingga wujud hashtag #DeyChallenge di media sosial

Siap ada yang buat Koleksi #DeyChallenge dalam satu post:

Nasib baik uncle ini cool dan tidak kisah dengan penularan videonya dan juga parodi yang dilakukan oleh netizen.

Dia hanya menjawab, "Kalau itu yang menggembirakan mereka, biarkanlah."

Uncle berkenaan yang dikenali sebagai S. Kanagarajah, 42, berkata dia tidak mengambil hati dengan tindakan rakyat yang meniru gaya geramnya malah gembira dengan perkara itu.

S. Kanagarajah

Image via hmetro.com.my

“Sejak video itu viral, saya tidak menerima sebarang ugutan, saya hanya lihat mereka buat lucu.

“Jika video itu buatkan mereka gembira, saya tidak ada masalah. Biarkan mereka gembira,” katanya.

Sebenarnya, beliau melakukan sedemikian bukan semata-mata kerana marah, tetapi sedih dan kecewa dengan rusuhan yang tercetus

Image via bharian.com.my

“Saya buat begitu sebab terlalu kecewa dengan keadaan yang berlaku.

“Ketika itu, kalau tanya, sebenarnya saya mahu menangis. Saya bukan sengaja buat mimik muka (geram) tetapi saya kecewa bila tengok rakan-rakan dipukul di bahagian kepala hingga berdarah.

“Kita tidak mahu bergaduh dengan sesiapa, kita hanya mahu melakukan upacara keagamaan,” katanya.

Pada masa sama, Kanagarajah yang juga seorang sukarelawan yang sering menghulurkan bantuan di kuil berkenaan turut menafikan apa yang berlaku ekoran masalah perkauman

Image via kosmo.com.my

“Saya boleh cakap ini bukan masalah perkauman kerana saya tinggal di Subang Jaya sejak 35 tahun lalu dan dari kecil kawan-kawan saya semua Melayu.

“Mereka (pihak menceroboh) diupah pihak tertentu, tidak ada orang nak buat benda ini percuma.

“Bukan kita yang mulakan pertempuran ini, orang yang mulakan pertempuran ini, mereka duduk dalam ‘aircond’, sekarang kita dengan kawan-kawan Melayu yang jadi mangsa,” katanya lagi.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dalam kejadian tersebut, seorang anggota Bomba dilapor telah cedera sehingga kritikal. BACA SINI:

Rangkuman penuh baca di bawah:

You may be interested in: