seismik

Pelajar Junior 8 Tahun Diupah RM3 Untuk Seks Oral, Jadi Pemuas Nafsu Pelajar Senior

Mangsa pada mulanya memberitahu dia diliwat.

Cover image via SAYS

Seorang pelajar junior Maahad Tahfiz di Pasir Puteh, Kelantan berusia 8 tahun dilaporkan telah melakukan seks oral terhadap seorang pelajar senior berusia 13 tahun dengan bayaran upah RM3

Mangsa melakukan hal sedemikian sebanyak dua kali pada jam 5.30 petang pada 10 dan 11 Oktober lalu setelah diajak pelajar senior tersebut melakukan perbuatan jijik berkenaan di dalam bilik stor di bangunan sekolah itu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mohamad Fakri Che Sulaiman, dalam kejadian pertama, mangsa hanya diajak melakukan seks oral tanpa sebarang upah.

Namun, keesokan harinya mangsa sekali lagi diajak untuk melakukan perbuatan sama dan ditawarkan dengan wang ringgit.

Asisten Komisioner Mohamad Fakri Che Sulaiman menunjuk gambar mangsa.

Image via Sinar Harian

“Ketika itu mangsa yang baru selesai makan di kantin dihulurkan RM3 oleh suspek sebelum mengikut senior berkenaan bersama-sama masuk ke sebuah stor,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya tempoh hari.

sinarharian.com.my

Beliau berkata, kejadian itu terbongkar selepas 11 hari kemudian susulan mangsa yang kebetulan mengalami demam dan diziarahi ahli keluarganya di sekolah tersebut

“Seorang kawan mangsa yang mengetahui tentang kejadian itu menceritakan kepada ibu bapa mangsa. Ibu bapa mangsa yang terkejut mendesak mangsa menceritakan kejadian dan mangsa pada mulanya memberitahu dia diliwat.

“Ibu bapa mangsa kemudian membuat laporan polis dan pemeriksaan pihak Hospital Universiti Sains Malaysia mendapati tidak ada koyakan atau liwat seperti yang didakwa,” katanya.

sinarharian.com.my

Sementara itu, dalam kes yang berlainan, ahli akademik tidak menolak kemungkinan ada penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang sanggup menawarkan khidmat seks sebagai rasuah kepada pensyarah bagi menaikkan gred peperiksaan

Menurut bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Tan Sri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, bagaimanapun kes-kes seumpama itu tidak dilaporkan dan dilakukan atas dasar suka sama suka.

Bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Tan Sri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.

Image via UiTM ONLINE

“Memang ada tapi bilangannya sikit,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia Isnin lalu.

Beliau mengulas pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa terdapat kes rasuah melibatkan penuntut IPT bagi menaikkan gred peperiksaan di negara ini.

utusan.com.my

Mengulas lanjut, Sahol Hamid berkata, pensyarah seharusnya membuat laporan kepada pihak atasan bagi membolehkan IPT berkenaan mengambil tindakan terhadap pelajar terbabit

Sementara itu pakar kriminologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohammad Rahim Kamaluddin berkata, perkara ini biasanya terjadi kepada pensyarah lelaki.

“Selain rasuah berbentuk hadiah, ada juga individu-individu yang sanggup bertindak luar biasa sehingga memberi habuan seks untuk mendapatkan gred yang baik. Bagaimanapun kes-kes seumpama ini selalunya tidak dilaporkan,” ujarnya.

utusan.com.my

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Golongan kanak-kanak amat mudah terpengaruh dengan apa yang ditonton mereka. Adakah ibu bapa sedar akan hal ini?

You may be interested in: