‘Valet Doa’ Tak Ikut Syariat Islam, Tapi Haji Arin Tetap Tak Peduli. Jadi Macam Mana?
Haji Arin mempunyai minda seorang usahawan!
Cover image via SAYSSejak beberapa hari lepas, ramai orang bercakap mengenai satu topik viral di media sosial iaitu 'Valet Doa'
Kalau sebelum ini *parking* sahaja ada servis valet, sekarang ni doa pun dah ada!
**[Valet Doa](https://www.facebook.com/valetdoa/?ref=br_rs)** merupakan satu servis untuk mendoakan hajat-hajat seseorang secara terus di Masjidil Haram, Mekah. Servis ini direka khas bagi sesiapa yang mempunyai hajat yang *urgent*, tetapi tidak dapat untuk ke Mekah dalam masa terdekat.
Seperti yang dinyatakan oleh mereka:
***"Doa itu adalah senjata orang Mukmin. Kami membawa doa-doa Muslimin dan Muslimat terus ke Masjidil Haram pada bila-bila masa untuk keberkatan 100,000 kali ganda berbanding berdoa di tempat-tempat lain."***
Image via Valet Doa/Facebook
Valet Doa diasaskan oleh Nasrin Harin, 40, atau lebih dikenali dengan nama Haji Arin. Menurut FB, servis ini telah ditubuhkan pada 31 Januari 2017 yang lalu.
Haji Arin ada menulis satu status panjang di FB. Berikut merupakan sedikit kata-kata daripada beliau:
***SERVIS DOA DI MEKAH….1ST DI MALAYSIA…1ST DI DUNIA…!!!***
*"Nama saya Nasrin Harin. Saya bukanlah ustaz, jauh sekali alim. Apatah lagi ulama. Cuma saya berpengalaman ke Tanah Haram. Dan bepengalaman dalam menerima pesanan dari saudara-mara, sahabat-handai dan kenalan untuk mendoakan hajat-hajat mereka di Tanah Suci Mekah dan Madinah.
"Sebenarnya saya terfikir jika orang di sekeliling saya ramai yang berhajat, bagaimana pula orang lain? Terbukti ramai yang NAK mengadukan hajat mereka terus di Baitullah. Malangnya mereka tak dapat pergi sendiri kerana halangan tertentu. Jadi mereka pun pesan hajat kepada jemaah yang ke Tanah Haram. Dah jadi kebiasaan rupanya.
"Jadi dari situ timbullah idea untuk menyediakan satu khidmat mendoakan hajat-hajat mereka yang tidak berkesempatan untuk ke Tanah Haram dalam masa terdekat, tetapi sangat-sangat berharap agar Allah dapat memakbulkan permintaan mereka dengan segera.
"Jadi lahirlah Valet Doa."*
Haji Arin bergambar di hadapan pintu masuk Makam Rasulullah di Madinah.
Image via Valet Doa/Facebook
Boleh baca status penuh Haji Arin [di sini](https://www.facebook.com/valetdoa/posts/132320053950662?match=dmFsZXRfZG9hIHZhbGV0X2RvYQ%3D%3D).
Servis ini ternyata menimbulkan kemarahan orang ramai. Masing-masing menganggap Haji Arin merupakan seorang penunggang agama.
Image via Valet Doa/Facebook
Image via Valet Doa/Facebook
Image via Valet Doa/Facebook
Definisi bagi 'Penunggang Agama' adalah orang yang menggunakan agama untuk kepentingan peribadi.
Jadi, boleh atau tidak sebenarnya servis sebegini dijalankan? Apa kata mufti?
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri memberi penjelasan yang begitu terperinci dalam satu *posting* di laman web rasmi [Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan](http://muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/bayan-linnas/1416-bayan-linnas-siri-ke-85-penjelasan-tentang-valet-doa) berjudul **'BAYAN LINNAS SIRI KE-85: PENJELASAN TENTANG VALET DOA'.** Baca sedikit perkongsian beliau di bawah:
Image via muftiwp.gov.my
"Dengan ini kami berpendapat, ia adalah sama sekali tidak menepati Islam yang sebenarnya, dan tidak mengikut syariat," ujar Mufti Wilayah Persekutuan.
Walaupun tidak mengikut syariat Islam, Haji Arin tetap berkeras dan mahu meneruskan perniagaan Valet Doa ini atas niat membantu dan memudahkan urusan orang ramai untuk berdoa.
Image via Valet Doa/Facebook
Tapi bila difikirkan semula, mana datangnya bisnes kalau bukan daripada demand. Lihat saja pada posting di bawah, ada saja yang mahu menggunakan servis ini.
Image via Valet Doa/Facebook
Image via Valet Doa/Facebook
Image via Valet Doa/Facebook
Dalam banyak-banyak orang yang kecam, ada juga orang yang sokong.
Agak-agak, servis valet apa pula yang akan wujud selepas ini ya?
Image via Valet Doa/Facebook
Image via Valet Doa/Facebook
Image via Valet Doa/Facebook
Image via Amran Fans/Facebook
***Kami ada menyediakan pakej VALET BERAK VVIP***
*Kalau anda terasa nak berak tapi tak nak berak , segan nak berak , tak ada masa nak berak , terlalu sibuk untuk berak , terlampau kerap berak …..jangan risau jangan bimbang….. kami akan berak kan untuk anda …….
Terdapat pelbagai pakej yg boleh dipilih ….
Pakej diamond cirit birit , pakej zamrud sembelit , pakej intan buasir , pakej berlian taik terapung , pakej emas 999 tidak perlu lagi berak seumur hidup , pakej gangsa tompok2 taik unta , pakej titanium taik ku hijau macam mak kau!*
Image via Facebook
