seismik

[VIDEO & GAMBAR] Enam Pesakit Maut Dalam Kebakaran di Wad Hospital Sultanah Aminah

Seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Cover image via Hot FM/Twitter

Sekurang-kurangnya enam pesakit terdiri dari empat wanita dan dua lelaki maut dalam kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi tadi

Image via Astro Awani

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Othman Abdullah, seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan kecemasan diterima pada 8.56 pagi tadi.

Image via Astro Awani

"Di ICU itu ada tujuh mangsa yang memang agak kritikal keadaannya yang difahamkan oleh doktor mereka terpaksa menggunakan bantuan pernafasan dalam keadaan normal jadi pesakit-pesakit itu tidak boleh dipindahkan sekiranya tiada katil sekali," katanya.

astroawani.com

Menurut Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh, liima mayat dijumpai kira 11.15 pagi manakala seorang lagi sejurus kemudian.

Beliau menasihati orang ramai agar tidak mempercayai sebarang maklumat yang tidak sahih mengenai kejadian tersebut

Orang ramai yang turut berada di tempat kejadian turut berkongsi gambar sewaktu kejadian di laman Twitter. Rata-rata semua menyatakan perasaan sedih dan berdukacita dengan apa yang terjadi.

Image via Hot FM/Twitter
Image via AREEN/Twitter

Senarai nama mangsa yang terlibat di dalam kebakaran.

Image via Kosmo! Online




Tonton video penuh kebakaran tersebut di bawah:


Salam takziah kami ucapkan buat semua ahli keluarga mangsa. Al-fatihah...

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi insiden kebakaran sebelum ini:

You may be interested in: