seismik

[VIDEO] Abang 'GrabFood' Selamba Curi Kasut Selepas Hantar Makanan. Biadap!

Grab sedang menyiasat perkara ini.

Cover image via Singapore Share Share / Facebook

Sebuah group di Facebook, Singapore Share-Share telah memuat naik satu video yang menunjukkan abang 'GrabFood' dengan selambanya mencuri sepasang kasut pelanggan

Video yang dimuat naik pada 20 Jun 2019 ini telah tular sehingga mendapat lebih 3.5k perkongsian.

Dalam video berdurasi 1 minit 14 saat itu, lelaki terbabit dilihat tidak terus beredar selepas menghantar makanan kepada pelanggan. Sebaliknya, dia menunggu peluang untuk membawa lari sepasang kasut yang diletakkan di atas rak kasut.

Lebih menjijikkan, lelaki itu memasukkan kasut yang dicuri itu ke dalam beg GrabFood beliau yang digunakan untuk meletak makanan

Saksikan video penuh di bawah:

Grab food delivery rider delivers food, and also steal shoes.

Posted by Desnis Teo on Wednesday, June 26, 2019

Grab telah pun memberi respon pada Khamis, 27 Jun dengan mengatakan bahawa mereka menyedari tentang video itu dan sedang menyiasat perkara tersebut

"Kami sedar dan sedang menyiasat perkara ini.

"Grab tidak menyokong kelakuan sedemikian dan akan menamatkan kontrak penghantar makanan yang didapati bersalah," kata Grab, menurut Channel News Asia (CNA).

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Cekap betul diorang ni buat kerja. Hati-hati semua!

You may be interested in: