seismik

[VIDEO] Dua Wanita Melayu Bertudung Curi 'Handphone' Gadis Ini Tak Sampai 5 Saat

Bukan pertama kali berlaku ni.

Cover image via SAYS via Elaine Lai

Dua hari lalu, seorang wanita memuat naik satu status di FB menceritakan detik di mana telefon bimbitnya telah hilang di Sunway Pyramid

Pada jam 5.55 petang, Elaine Lai menyedari bahawa telefon bimbitnya telah hilang ketika sedang membeli belah di sebuah butik pakaian.

Ketika itu, Elaine sedang berseorangan di dalam kedai tersebut manakala dua orang rakannya menunggu di luar kerana makanan tidak dibenarkan dibawa masuk.

Elaine berada di dalam butik berkenaan tidak sampai 5 minit apabila insiden ini berlaku

"Saya membawa backpack kecil jadi saya letakkan telefon saya di dalam beg saya itu ketika mencuba beberapa helai pakaian.

"Kemudian, selepas tidak sampai 5 minit berada di dalam kedai tersebut, saya ingin mengambil semula telefon saya dari dalam beg. Tiba-tiba saya sedar telefon saya dah hilang dan telah dicuri," ujar Elaine.

Menurut Elaine lagi, bukan dia seorang sahaja yang menjadi mangsa. Terdapat seorang lagi wanita yang turut menerima nasib yang sama.

Menyedari telefon telah dicuri, mereka berdua memohon untuk melihat rakaman CCTV butik terbabit bagi mendapatkan justifikasi

Lebih memeranjatkan, rakaman CCTV itu menunjukkan telefon bimbit mereka telah dicuri oleh dua orang wanita berhijab dalam masa beberapa saat sahaja.

"Kami periksa rakaman CCTV butik itu dan menyedari telefon kami telah dicuri oleh dua orang wanita Melayu bertudung," ujar Elaine lagi.

Licik sungguh dua orang makcik ini "buat kerja". Lihat dua video di bawah:

Posted by Elaine Lai on Wednesday, March 15, 2017

Posted by Elaine Lai on Wednesday, March 15, 2017

Posting Elaine Lai telah mendapat lebih daripada 6,000 shares ketika artikel ini ditulis.

Elaine menyarankan agar semua orang lebih berhati-hati ketika membeli belah. Pencuri sebegini tidak akan berhenti memburu mangsa seterusnya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Hati-hati semua. Kes macam ni dah banyak kali dah berlaku:

You may be interested in: