x

seismik

Walau Dihentam, Anak Perempuan Normah Damanhuri Masih Terus Hasilkan Video Beraksi Lucah

Bergoyang, bergelek semuanya ada. Matilanak~

Cover image via Instagram @liana_rosli

Kalau sebelum ini kita dikejutkan dengan video viral 'gelek maut' anak pelakon terkenal iaitu Ira Kaza, tetapi baru-baru ini anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri pula dikecam gara-gara beraksi lucah dalam video yang dimuat naik di Instagram

Anak keempat pelakon itu yang dikenali sebagai Liana Rosli, dikatakan seperti sengaja menayang sebahagian payudara selain beraksi ghairah dalam video berdurasi 50 saat tersebut dengan tujuan mempromosi produk kecantikan miliknya.

Nampaknya makin ramai pula guna approach sebegini selepas video 'henjut' Kak Mawar tempoh hari kan?

Bagaimanapun, laporan Harian Metro semalam memberitahu bahawa pelakon veteran tersebut hanya menganggap itu adalah strategi yang digunakan anaknya dan melihat perkara itu dari studut positif

“Bagi saya ini soal perniagaan. Kalau ada yang salah anggap, itu terpulang kepada penerimaan masing-masing. Saya bukan nak menyokong perkara tak elok, tetapi saya melihat perkara itu dari sudut positif.

“Saya percaya setiap ahli perniagaan ada cara dan strategi tersendiri untuk mempromosikan produk mereka. Malah, setiap daripada mereka tampil dengan idea masing-masing. Apa yang penting sekarang saya lebih mengetahui apa yang dilakukan anak," katanya.

hmetro.com.my

Tambahnya lagi, kalau bukan anaknya itu yang perlu berusaha memajukan perniagaannya, siapa lagi yang perlu lakukannya. Tetapi, dalam masa yang sama dia juga ada menegur dan memberi nasihat kepada anak perempuannya itu.

Normah juga memberitahu bahawa dia sememangnya mengetahui anaknya menghasilkan video tersebut tetapi tidak pula menyangka mengundang pelbagai komen negatif dalam kalangan pengguna laman sosial

“Saya tahu dia merakam video itu, tetapi tak sangka pula ia boleh menjadi viral. Apabila membaca setiap komen yang ditinggalkan peminat, saya malas nak ambil tahu. Bukan apa, saya pun pernah dikecam dengan peminat gara-gara isu tudung, tetapi saya tak suka nak menjawab. Hanya Allah SWT yang lebih mengetahui niat dan segala tindakan yang kita lakukan,” katanya lagi.

hmetro.com.my

Setelah isu itu viral dan tersebar, kami sangkakan Liana mengambil langkah untuk memadam video tersebut dan cuba menjernihkan keadaan. Tetapi sangkaan kami meleset.

Tanpa disangka rupa-rupanya Liana langsung tidak terkesan dengan laporan akhbar Harian Metro tersebut dan tanpa segan silu mengambil gambar ruangan berita di akhbar tersebut lalu dimuat naik di laman Instagram.

Beli metro harini...kak KM punya kisah glamour #lakusangat

A photo posted by Whatsapp for jamu 0196177597 (@liana_rosli) on


Malah pagi ini sekali lagi dengan beraninya Liana memuat naik video baru yang juga berunsur ghairah. Hmmm... suka betul nampaknya tu?

Anda lihat sendiri caption video di atas. Nampaknya, Liana benar-benar tidak terkesan dengan apa yang berlaku. Hmmm bak kata orang "buat dunno jer". Mungkin ini strategi yang digunakan olehnya bagi meraih perhatian orang ramai yang mana dalam masa yang sama menaikkan lagi jenama produk kecantikannya?

Kan?

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kalau anda tak tahu, sebenarnya Liana inilah wanita yang berlakon dalam iklan D'Herbs yang viral tak lama dulu:

Kak Mawar ni pun boleh tahan risau jugak tonton videonya: