seismik

[VIDEO] Apa Jadi Bila Wanita Yang Sama Berjalan Di New York Berpakaian Berbeza?

Isu wanita diganggu oleh lelaki tidak dikenali di jalanan kini semakin trending dan mendapat perhatian umum bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh Dunia.

Cover image via SAYS.com

Semakin hari semakin banyak pula video ujikaji mengenai wanita diganggu ketika berjalan di tengah-tengah bandar dimuat naik di Youtube. Dan video ini juga antara salah satu yang terbaru.

Image via SAYS.com

Dimuat naik pada 6 November 2014, video ini memaparkan ujikaji dimana seorang wanita yang sama berjalan di kawasan sekitar New York di Amerika Syarikat selama 10 jam dengan dua jenis pakaian yang berlainan.

Eksperimen ini dilaksanakan dengan wanita tersebut berjalan selama lima jam berpakaian kasual iaitu t-shirt, cardigan dan seluar ketat dan kemudian berjalan lagi lima jam berpakaian jubah dan berhijab.

Eksperimen 1: Pakaian kasual. Wanita ini didapati dipanggil, diganggu serta diekori lelaki yang tidak dikenali sepanjang perjalanan.

Image via gfycat.com

Eksperimen 2: Pakaian jubah dan berhijab. Menariknya, wanita tersebut langsung tidak diganggu oleh sesiapa pun, malah tidak langsung dipanggil.

Image via gfycat.com

Adakah ini satu berita baik bagi wanita Muslim bertudung? Nampaknya ramai yang bersetuju dengan pendapat tersebut. Rata-rata menyifatkan wanita bertudung akan dipandang lebih tinggi dan lebih dihormati.

Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com

Tetapi, adakah tudung sahaja sudah cukup untuk menghalang wanita daripada diganggu lelaki yang tidak dikenali di jalanan?

Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com

Bagaimana pula pandangan dari pihak lelaki? Adakah mereka lebih menghormati wanita yang berhijab berbanding yang 'free hair' atau kedua-duanya tiada beza?

Image via imgur.com
Image via imgur.com

Malangnya, hijab bukanlah jalan penyelesaiannya. Ini disebabkan wanita berhijab juga pernah mengalami situasi diganggu oleh lelaki di jalanan. Ikuti pengalaman wanita di dalam gambar di bawah:

Dan jika anda rasa wanita akan diganggu kerana berpakaian seksi dan menjolok mata, bagaimana pula dengan kes ini?

Image via SAYS.com

Untuk dapatkan lebih banyak kisah dan pengalaman wanita diganggu di jalanan, layari laman web stopthecatcall.tumblr.com.

Akhir sekali, adakah anda semua setuju dengan konklusi di bawah ini?

Image via imgur.com

Mungkin ada pihak yang merasakan pakaian wanita yang menjolok mata menjadi punca kepada gangguan lelaki serta banyak lagi kes sosial masa kini.

Ada juga pihak yang merasakan lelaki yang sepatutnya dipersalahkan dalam hal ini kerana tidak menjaga nafsu dan sengaja menimbulkan pelbagai masalah. Persoalannya, pihak mana yang perlu dipersalahkan?

Jadi, apa pendapat anda? Jangan lupa tonton video penuh ujikaji di bawah:

Bukan setakat wanita di New York, sebilangan wanita di Kuala Lumpur juga turut pernah mengalami gangguan lelaki di jalanan. BACA SINI:

JUGA DI SAYS: Why The Way A Woman Dresses Is Not An Excuse For Harassment

You may be interested in: