[VIDEO] Apabila Pengarah JPJ Kata KPI Mereka "Nak Orang Ramai Mati 5,358"
Barangkali mesej yang ingin disampaikan ditutur dengan cara yang salah sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai.
Baru-Baru Ini, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad Dalam Satu Temubul Bersama Astro Awani Telah Mengeluarkan Satu Kenyataan Yang Agak Kontroversi Mengenai Kadar Kematian Jalan Raya
Apa Yang Dikatakan Beliau? Klik Pada Butang 'Play' Pada Pautan Video Di Bawah Dan Dengarkan Kenyataan Penuh:
Ada Sesuatu Yang Tak Kena? Kenyataan Itu Ternyata Membangkitkan Rasa Tidak Puas Rakyat Malaysia Di Laman Sosial. Masing-Masing Mengutuk Dan Menganggapnya "Bodoh".
Tidak Kurang Juga Mereka Yang Memberi Komen Sarkastik Sambil "Bersetuju" Dengan Kenyataan Ketua Pengarah JPJ Itu
Tak Cukup Dengan Itu, Hasil Carian Orang Ramai Di Internet Telah Menemui Gambar Kenderaan Rasmi Ketua Pengarah JPJ Dengan Cermin Gelap Dan Nombor Plat Kereta Yang Tidak Mengikut Piawaian
Bukan Itu Sahaja. Kenderaan Bernombor Plat JPJ11 Ini Juga Dikatakan Mempunyai Beberapa Saman Yang Belum Dilangsaikan Berdasarkan Paparan Skrin Yang Disebarkan Di Bawah:
Kami Faham. Apa Yang Cuba Disampaikan Oleh Ketua Pengarah JPJ Itu Sebenarnya Mengenai Usaha Pihak Mereka Dalam Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya Menjelang Tahun 2020.
Namun begitu, kenyataan yang dikeluarkan itu tidak tepat dari segi penyampaian. Ramai orang merasakan sebagai seorang Ketua Pengarah yang berkelulusan tinggi dan berpengalaman, kenyataan yang dikeluarkan perlu lebih bernas dan tidak menyentuh sensitiviti rakyat.
Zaman sekarang ini, setiap tutur kata yang dikeluarkan ketika sesi temu ramah haruslah dituturkan dengan bijak. Sedikit kesilapan pasti akan membawa padah, walaupun seseorang itu tidak berniat langsung untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak.
Pihak JPJ Meramalkan Angka Kematian Dari Kes Kemalangan Sebanyak 10,716 Orang Pada Tahun 2020. Jadi, Mereka Kini Sedang Berusaha Dalam Mengurangkan Kadar Kematian Sehingga 50%.
Menurut JPJ, seramai 10,716 orang dijangka akan terkorban dalam kes kemalangan menjelang tahun 2020 tanpa apa-apa langkah penguatkuasaan.
Ini adalah sebahagian daripada langkah-langkah JPJ dalam mengurangkan kadar kematian sehingga 50%.