seismik

'Hiburan Nafsu Lelaki!' - Netizen Bengang Tengok Pelajar Kena 'Rendam' Dengan Ular

"This is just so wrong. Nak ajar apa kononnya ni cuba cerita sikit?" - Wardina Safiyyah

Cover image via SAYS

[TERKINI] Pelajar turut dibawa ke kubur Kristian dan diarah duduk sebelah potret si mati

Image via SAYS

Selepas video modul ular menjadi viral, para pelajar mendedahkan lebih banyak cerita yang kurang enak sepanjang menghadiri Kem Pembentukan Jati Diri di Kuala Kangsar, Perak.

Seorang peserta perempuan berusia 12 tahun memberitahu Astro Awani bahawa dia bersama pelajar lain telah dikejutkan dari tidur oleh jurulatih Pasukan Pertahanan Awam (APM) Perak dan diperintah untuk berarak ke tanah perkuburan Kristian pada jam 2 pagi.

"Jurulatih itu berkata kami semua akan dibawa ke tanah perkuburan. Peserta yang dibawa ke tanah perkuburan Kristian diarah untuk duduk di sebelah gambar si mati, manakala peserta yang dibawa ke tanah perkuburan Islam pula perlu memegang batu nisan.

"Saya menangis ketakutan dan pengalaman itu benar-benar menghantui saya walau selepas kursus berakhir," kata murid SK Beluru yang tidak mahu dikenali.

Bapa kepada pelajar tersebut turut melahirkan rasa kecewa. Anaknya itu berikrar untuk tidak lagi menghadiri mana-mana kursus yang dianjurkan APM pada masa depan.

Si bapa turut memberitahu bahawa anak perempuannya itu begitu trauma dengan apa yang berlaku, malah terpaksa membawa anaknya ke kampung bagi mendapatkan rawatan tradisional.

16 Oktober: Satu program sekolah yang melibatkan pelajar dan ular telah ditempelak netizen yang menyifatkan program itu 'terlalu bodoh' dan tidak berperikemanusiaan

Video program yang diberi nama Kem Pembentukan Jati Diri itu tersebar luas di internet semalam apabila memperlihatkan sekumpulan pelajar perempuan menjerit ketakutan akibat dipaksa menyeberangi sebuah kolam yang diisikan dengan beberapa ekor ular.

Menurut sumber, kejadian berlaku di Kuala Kangsar, Perak dan program tersebut adalah di bawah kelolaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebagai latihan kononnya untuk mengatasi ketakutan dalam diri mereka.

Image via Facebook

Video berdurasi 2 minit 50 saat itu telah dimuatnaik oleh pengguna Facebook Hanisya Abdul Hamid dan sehingga kini telah mendapat sebanyak lebih 20 ribu shares!

Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa murid menangis dan menjerit ketakutan apabila ular dicampak ke dalam kolam berkenaan

Disebabkan perasaan takut yang amat sangat, mereka berebut-rebut naik ke tebing sehingga ada yang menimpa rakan mereka sendiri. Mereka juga turut dimarahi pelatih akibat menjerit.

Tonton video kejadian tersebut di bawah:

Siapa yang sokong dan bersetuju kaedah ini diguna pakai kononnya untuk menyemai dan membina keyakinan kalangan pelajar perempuan sekolah rendah ???

Mereka dipaksa harungi kolam kemudian lempar ular sambil diherdik-herdik dan dipancut dengan air.

TENKIU

Posted by Hanisya Abdul Hamid on Sunday, 16 October 2016

Setelah video itu menjadi viral, netizen rata-rata meluahkan rasa marah dan geram serta mempersoalkan motif sebenar aktiviti tersebut dijalankan. Pelbagai komen dilemparkan antaranya:

1. Bodoh! Bangang!

2. Kenapa buat macam ni?

3. Biasa je tu, tak ada apa-apa pun

4. Hiburan nafsu

5. Sangat melampau!

Dalam pada itu, selebriti terkenal Wardina Safiyyah turut meluahkan rasa kesal terhadap kejadian tersebut. Beliau memberitahu beliau sangat kecewa dengan apa yang berlaku.

Image via postimg.org

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Walau kena patuk, wanita ini masih teruskan nyanyian: