seismik

[VIDEO] Bung Moktar Geli Kena "Raba" Di Lapangan Terbang

"Dia raba sini, dia raba sana. Saya gelilah kena raba!" kata Bung Moktar.

Cover image via thestar.com.my

Pada 11 November 2014, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin Membangkitkan Isu Meramas Dan Meraba Oleh Pihak Keselamatan Di Pintu Pemeriksaan Lapangan Terbang Di Negara Ini

Isu meramas dan meraba oleh pihak keselamatan di pintu pemeriksaan lapangan terbang di negara ini yang dibangkitkan ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin mengundang gelak ketawa ahli-ahli Dewan Rakyat di Parlimen pada petang Selasa, 11 November 2014.

bnbbc.my

Bung Moktar Ternyata Tidak Puas Hati Dengan Perkara Itu Lebih-Lebih Lagi Apabila Disuruh Membuka Tali Pinggang Ketika Imbasan Dilakukan. Beliau Menyifatkan Perbuatan Itu Ketinggalan Zaman.

Bung Moktar menganggap perbuatan membuka tali pinggang ketika diimbas di lapangan terbang memalukan dan ketinggalan zaman.

Image via themalaymailonline.com

Menurut Bung Moktar, hanya Malaysia dan Fiiipina sahaja yang masih mengamalkan pemeriksaan penumpang dengan cara meramas atau meraba jika mesin pengimbas badan berbunyi.

bnbbc.my

“Tali pinggang pun kena buka. Apa yang ada pada tali pinggang yang kecil, kalau yang besar-besar lainlah mungkin kena periksa,” katanya yang menyatakan tidak puas hati dengan tahap pemeriksaan keselamatan sebelum menaiki pesawat di negara ini yang disifatkannya memalukan dan ketinggalan zaman.

bnbbc.my

Selain Itu, Beliau Juga Mengkritik Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) Yang Telah Membelanjakan Kos "Mengajar" Anggota Keselamatan Mereka Untuk Meraba Dan Meramas

MAHB didakwa "mengajar" anggota keselamatan untuk meraba dan meramas.

Image via straitstimes.com

Sambil berseloroh, beliau bertanya berapa kos Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) mengajar anggota keselamatan untuk meraba dan meramas ketika memeriksa penumpang-penumpang.

bnbbc.my

“Ini kerana ada yang meraba secara kasar dan ada yang lembut. Saya khuatir, jika silap-silap raba, boleh naik syahwat,” katanya disambut gelak ketawa ahli-ahli parlimen.

bnbbc.my

Bung Moktar Turut Membidas Syarikat AirAsia Yang Mengaut Keuntungan Melalui Pendaftaran Di Kaunter Disebabkan Mesin Pengesahan Tiket Yang Kerap Rosak

Sehubungan itu, beliau mahu MAHB dan Kementerian Pengangkutan dapat membeli mesin pengimbas yang lebih canggih seperti digunakan negara-negara maju bagi tujuan pemeriksaan setiap penumpang kapal terbang.

bnbbc.my

Bung Moktar juga membangkitkan isu mesin pengesahan tiket dalam talian Air Asia yang kerap rosak.

Image via wodejiaoying.blogspot.com

Bung Moktar yang membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 Kementerian Pengangkutan juga membangkitkan mesin pengesahan tiket dalam talian Air Asia yang kerap rosak.

bnbbc.my

“Kalau rosak, kita kena pergi kaunter tetapi kena bayar RM10. Bayangkan satu hari berapa banyak syarikat ini boleh kaut untung…sebab itu mesin ini sentiasa rosak,” tegasnya.

bnbbc.my

Terdapat Beberapa Perkara Lagi Yang Diutarakan Oleh Datuk Bung Moktar Radin Di Dewan Rakyat. Saksikan Video Di Bawah Untuk Lebih Lanjut:

Pada 9 Julai Lalu, Bung Moktar Mencetus Kontroversi Dengan Tweet 'Hitler' Beliau Selepas Kemenangan Besar Pasukan Bola Sepak Jerman Ke Atas Brazil. BACA SINI:

You may be interested in: